Piza

Piza

Update: 16 November 2016

Pizza dimakan dalam pelbagai keadaan di Jepun seperti di restoran dan di rumah. Perkhidmatan penghantaran juga menjadi perkara biasa, ia boleh dikatakan sebagai perkara yang tidak asing lagi untuk orang Jepun.

Sejarah pizza di Jepun

Sejarah pizza di Jepun

Terdapat beberapa teori mengenai latar belakang pizza di Jepun, tetapi teori utama adalah ia telah diperkenalkan oleh orang
Itali pada tahun 1940-an. Kemudian, dengan ledakan kedatangan masakan Itali, kedai pizza dan restoran Itali meningkat. Jualan pizza sejuk beku di pasar raya dan perkhidmatan penghantaran juga muncul. Pizza telah menjadi makanan utama di Jepun apabila ia mencapai populariti yang baik.

Jenis-jenis pizza

Jenis-jenis pizza

Di Jepun, sama ada pizza Amerika atau pizza Itali, kedua-duanya selalu dimakan. Pizza Jepun pada umumnya adalah berbentuk bulat. Di antara pizza Itali, pizza seperti Margherita dengan tomato dan keju yang banyak adalah popular. Pizza yang dibakar dan diletakkan dengan cendawan cincang juga menjadi pilihan. Terdapat juga pizza yang telah diubah suai mengikut selera orang Jepun dengan menggunakan bahan-bahan seperti mayonis dan jagung, telur ikan kod dan kek beras.

Tempat untuk makan pizza di Jepun

Tempat untuk makan pizza di Jepun

Walaupun kedai khas menjual pizza tidak terlalu banyak, tetapi ia boleh dilihat di pelbagai tempat. Kebanyakan kedai khas menjual pizza terdapat di pusat bandar, seperti Tokyo. Terdapat juga kedai khusus yang menyediakan pizza yang baru dimasak menggunakan pembakar pizza khas. Namun anda juga mungkin boleh makan pizza di restoran Itali yang mudah dijumpai. Pelbagai syarikat juga menyediakan perkhidmatan penghantaran, jika anda membuat pesanan melalui telefon atau Internet, mereka akan menghantarnya kepada anda di alamat yang dinyatakan. Pizza sejuk beku turut dijual di pasar raya dan kedai serbaneka.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini