Makanan Itali

Makanan Itali

Update:

Makanan Itali tersebar dengan meluas di Jepun dan merupakan menu seharian pada masa kini. Terutamanya menu spageti yang lahir mengikut citarasa Jepun merupakan makanan yang amat terkenal. Saya akan menulis tentang makanan Itali yang mempunyai ciri-ciri Jepun yang mendalam.

Sejarah makanan Itali di Jepun

Pada tahun 1800-an, kedai pertama Itali dibuka di Jepun oleh seorang chef dari Itali. Ledakan budaya makanan Itali bermula apabila reka bentuk Itali untuk fesyen dan perabot rumah semakin menular pada tahun 1980-an. Selepas ledakan tersebut, lebih banyak restoran makanan Itali dibuka dan ia juga semakin diterima sebagai makanan seharian dalam institusi kekeluargaan. Pada masa kini, "Italian" dikenali dengan meluas di seluruh Jepun tidak mengira tempat.

Piza

Terdapat banyak kedai piza di Jepun, malah terdapat juga kedai yang menawarkan piza yang dimasak dari bekas tembikar. Piza yang terkenal adalah piza margherita yang menggunakan sos tomato dan piza cendawan yang ditaburi banyak cendawan di atasnya. Di Jepun, perkhidmatan penghantaran pizza juga telah berkembang dan ramai juga yang menikmati piza semasa berparti di rumah. DI Jepun, selain piza Itali, piza Amerika juga sering dinikmati oleh penduduk Jepun.

Pasta dan spageti

Pasta dikatakan sebagai makanan Itali yang paling terkenal di Jepun. Malah, dalam kategori pasta juga ramai yang menggemari spageti, maka jika disebut tentang "pasta" di Jepun, gambaran tentang "spageti" adalah amat jelas. Terdapat pelbagai jenis pasta dan spageti dari jenis kebaratan seperti sos daging dan aglio e olio sehinggalah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri Jepun yang menggunakan kicap soya seperti "spageti ala Jepun" yang semakin banyak ditemui.

Risotto

Beras merupakan makanan ruji di Jepun dan risotto (makanan Itali daripada beras) juga amat digemari oleh ramai orang. Antara risotto yang terkenal adalah risotto sos tomato dan krim serta risotto cendawan. Sekiranya anda berkunjung ke kedai makanan Itali, sudah pasti terdapat menu risotto dalam senarai menunya. Selain itu, lebihan sup dari makanan Jepun yang memasak sup bersama-sama bahan-bahan mentah dan sering dimakan semasa musim sejuk iaitu "masakan nabe" dituang ke dalam nasi yang menjadi cara pemakanan risotto yang semakin meluas.

Makan di Jepun

Terdapat banyak kedai Itali di seluruh Jepun tanpa mengira tempat. Ada kedai Itali yang menyediakan keseluruhan makanan Itali, ada juga kedai yang hanya menyediakan piza atau spageti sahaja. Lingkungan harga bagi setiap makanan juga amat luas, dari kedai yang mewah sehinggalah ke kedai yang mempunyai cawangan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, kedai yang mempunyai gaya hidup "bar" iaitu berhibur sambil menikmati minuman beralkohol dan makanan yang berasal dari selatan Eropah juga semakin bertambah di Jepun menjadikan bar Itali juga banyak ditemui.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini