Coklat

Coklat

Update:

Terdapat pelbagai jenis produk coklat terkini yang dijual setiap hari dan kewujudan kedai-kedai coklat dari pembuat coklat yang terkenal menjadikan coklat amat dicintai oleh orang Jepun. Selain itu, terdapat juga budaya perempuan menghadiahkan coklat kepada lelaki semasa Valentine's Day.

Coklat Jepun

Coklat dikatakan mula tiba di Jepun buat pertama kali pada tahun 1797. Pada tahun 1900, ia mulai diimport masuk tetapi pada zaman tersebut hanya golongan kelas atasan yang menikmati coklat sebagai ubatan, bukan sebagai manisan. Pada tahun 1920 an, ia mulai dihasilkan di kilang Cocoa dan semakin tersebar meluas ke seluruh Jepun. Sejak daripada itu, ia menjadi semakin terkenal dan merupakan manisan seharian orang Jepun pada masa kini.

Jenis-jenis coklat

Di Jepun, terdapat banyak coklat yang manis tetapi terdapat juga coklat berperasa pahit seperti coklat hitam dan coklat pahit yang dijual di sini. Bukan sahaja coklat yang berbentuk bar, malah terdapat banyak jenis coklat seperti yang mengandungi badam dan kekacang di dalamnya serta bercampur dengan biskut. Ia banyak dijual di kedai serbaneka dan pusat membeli-belah membolehkan anda merasai coklat pelbagai jenis perasa. Selain itu, manisan Inggeris yang menggunakan coklat seperti parfait, brownies dan kek juga terkenal di Jepun.

Valentine's Day (hari kekasih)

Salah satu unsur penting dalam budaya coklat di Jepun adalah Valentine's Day (Hari Kekasih) pada 14 Februari. Ia merupakan hari di mana perempuan akan memberikan coklat kepada lelaki yang disukainya. Apabila tiba musim ini, banyak coklat yang dibalut sebagai hadiah tersusun di kedai-kedai. Bukan sahaja kepada lelaki yang disukai, malahan terdapat ramai juga perempuan yang menghadiahkan coklat kepada kawan dan rakan sekelas lelaki. Pada 14 Mac pula, lelaki akan menghadiahkan coklat kepada perempuan sebagai "balasan kepada Hari Kekasih" pada hari yang dikenali sebagai "White Day" ini.

Manisan coklat Jepun

Inovasi coklat di Jepun juga boleh didapati dengan banyak. Antaranya adalah coklat berperisa teh hijau. Kemanisan coklat bersama-sama dengan kepahitan teh hijau merupakan gabungan rasa yang amat bersesuaian. Selain itu, "choco okaki" yang diperbuat daripada keropok beras panggang ala Jepun yang disaluti coklat dan kuih tradisional Jepun iaitu yokan yang diperbuat daripada agar-agar dan kacang merah yang dicelup dengan coklat juga amat terkenal.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini