Masakan Cina

Masakan Cina

Update: 17 November 2016

Sebagai negara yang sama-sama terletak di dalam Asia, masakan Cina turut digemari oleh masyarakat Jepun sebagai makanan harian mereka. Terdapat banyak menu dan kedai yang terkenal dengan keenakan rasa sebenar, dan juga menu kegemaran seperti “gyoza” (terdiri daripada daging kisar dan isian sayur yang dibalut dalam kepingan doh nipis yang digulung, kemudian ditutup dengan menekan sisinya agar rapat atau mengeriting) yang dimakan dengan cara berbeza dengan negara China.

Sejarah masakan Cina di Jepun

Dikatakan bahawa masakan Cina telah berkembang di Jepun sejak dari tahun 1950, di mana ia telah tersebar melalui tukang masak dari China yang telah datang berhijrah ke Jepun. Walaupun terdapat juga masakan Cina yang mewah, secara umumnya ia turut digemari oleh golongan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa sebagai menu harian di Jepun . Masakan Cina ini sering dimakan di rumah-rumah, kedai khusus dan juga “chain store” (pasar raya). Masakan Cina seperti "Cha-han" (nasi goreng) pula kadang-kala dikatakan sebagai masakan ibu. “Gyoza” iaitu masakan Cina yang dibuat daripada daging dan sayur dan dibalut dengan kulit nipis, secara umumnya dimakan dengan direbus di China, tetapi di Jepun ia tidak direbus tetapi sering disediakan dengan membakar. Kini ia telah menjadi menu yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat.

Menu tipikal makanan Itali dan Perancis di Jepun

Ramen telah berkembang dengan unik di Jepun dan telah meresap menjadi makanan rakyat yang digemari. Selain itu, pau daging yang dibuat menggunakan doh putih yang dibaluti daging dan dikukus juga turut digemari ramai. Pau daging banyak dijual di kedai-kedai serbaneka dan menjadi pilihan ramai ketika tibanya musim sejuk. Masakan pedas Cina juga turut digemari. Hidangan-hidangan pedas seperti “mabo-dofu” (gambar) iaitu hidangan pedas yang menggunakan daging kisar dan taufu lembut, serta “tantan-men” (mi dandan) iaitu hidangan mi yang dicelup ke dalam sup pedas merupakan contoh hidangan pedas yang terkenal di Jepun. Terdapat banyak kedai yang mengurangkan rasa pedas jika dibandingkan dengan kepedasan sebenar di China.

Cara menikmati makanan Itali dan Perancis di Jepun

Terdapat banyak kedai masakan Cina di setiap kawasan di Jepun, di mana majoriti tukang masak dan kakitangannya adalah terdiri daripada orang Cina sendiri. Di Yokohama China Town, Kanagawa, terdapat deretan kedai-kedai masakan Cina. Di sini terdapat kedai-kedai di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis menu dalam kuantiti yang kecil, serta terdapat juga kedai berkonsepkan “buffet” yang menyediakan puluhan hidangan yang boleh dinikmati dalam masa yang terhad. Dari kedai mewah yang menyediakan juadah makan malam, sehinggalah kepada kedai biasa yang dikunjungi ahli perniagaan untuk makan tengahari, kedai-kedai masakan Cina ini semestinya digemari oleh setiap lapisan masyarakat.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini