Makanan Itali dan Perancis

Makanan Itali dan Perancis

Update: 17 November 2016

Makanan Itali dan Perancis merupakan 2 jenis makanan dari luar negara yang menembusi pasaran dengan cepat terutamanya di Jepun. Di Jepun, gambaran yang kuat tentang makanan Itali adalah makanan yang senang diperolehi dan tersebar sebagai makanan harian dalam keluarga manakala gambaran tentang makanan Perancis pula adalah dalam kumpulan makanan yang mewah.

Sejarah makanan Itali dan Perancis di Jepun

Makanan Itali menjadi ledakan yang besar di Jepun pada tahun 1980-an yang menyebabkan banyak kedai makanan Itali dibuka pada waktu tersebut. Selepas daripada itu, makanan Itali semakin digemari oleh orang Jepun dan kedai-kedai makanan Itali juga boleh dijumpai jika bersiar-siar di kawasan bandar. Sementara itu, makanan Perancis pula semakin tersebar meluas apabila chef-chef Jepun semakin bertambah pada tahun 1960-an. Bertentangan dengan makanan Itali, makanan Perancis diperkenalkan sebagai makanan mewah. Namun pada masa kini, ia boleh dinikmati di kedai-kedai dengan harga yang berpatutan yang semakin banyak diusahakan.

Menu tipikal makanan Itali dan Perancis di Jepun

Makanan Itali yang terkenal adalah spageti. Walaupun spageti merupakan salah satu daripada jenis-jenis pasta, namun ia amat popular sehinggakan orang Jepun merujuk kepada spageti jika disebut tentang pasta. Spageti tersendiri ala Jepun yang menggunakan telur ikan kod, cendawan dan kicap kacang soya juga tidak kurang popularnya. Bagi makanan Perancis pula, sauté foie gras adalah antara yang terkenal. Sauté foie gras juga dikenali sebagai makanan mewah bagi orang Jepun dan mereka sering mencuba merasai makanan ini kerana ia berasal dari Perancis.

Cara menikmati makanan Itali dan Perancis di Jepun

Kedai makanan Itali terdapat di mana-mana bandar di Jepun, dari kedai yang menawarkan kesemua menu makanan Itali sehinggalah kepada kedai yang menjual spageti atau piza sahaja. Terdapat kedai spageti yang terkenal di Tokyo iaitu di bandar Shinjuku dan Ebisu. Kebanyakan kedai makanan Perancis adalah kedai mewah tetapi terdapat juga kedai yang mendapat pengiktirafan daripada panduan restoran antarabangsa seperti di Ebisu dan Kita-Shinagawa. Pada masa kini juga, bistro yang menawarkan harga makanan yang lebih murah juga semakin banyak ditemui.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini