Golf

Golf

Update:

Di Jepun, sukan golf digemari oleh golongan para pekerja kolar putih sebagai salah satu medium bersosial mereka. Selain itu, perlawanan golf di dalam dan luar negara juga disiarkan di televisyen dan ia juga terkenal sebagai sukan kebangsaan. Selain bermain golf di pinggir bandar Tokyo, padang golf di resort-resort juga amat popular.

Golf di Jepun

Secara umumnya, golf terkenal di kalangan pekerja kolar putih yang berusia golongan pertengahan dan sering bermain dengan orang atasan atau rakan kongsi mereka sebagai "hiburan golf". Selain itu, ia juga berfungsi sebagai medium perbincangan perniagaan mereka. Kebiasaannya, mereka menuju ke padang golf dengan menaiki kereta dan purata bajet untuk 1 pusingan permainan adalah lebih kurang 10,000 JPY. Padang golf telah dibina di Jepun sejak sebelum zaman perang lagi tetapi sejak kebelakangan ini, ramai golongan muda yang menjauhi sukan ini. Oleh sebab itu, banyak padang golf ditutup sejak kejatuhan ekonomi Jepun.

Cara menikmati golf di Jepun

Kebanyakan pekerja kolar putih akan bermain golf pada hari cuti seperti hari minggu tetapi ramai juga pesara yang menjadikan ia sebagai hobi selepas tamat perkhidmatan. Oleh sebab itu, bayaran padang golf pada hari cuti lebih mahal daripada hari bekerja adalah perkara biasa. Selain itu, golong lelaki lebih mendominasi sukan golf pada sebelum ini, tetapi melalui penyertaan atlit profesional wanita Jepun dalam sukan ini, peminat golf dari golongan wanita mulai meningkat. Penggemar golf akan berlatih bermain di lapang sasar golf dan terdapat juga yang membeli karpet golf untuk berlatih di rumah serta mengikuti kelas golf yang disediakan.

Padang golf yang terkenal

Di Tokyo, terdapat padang golf yang mudah diakses seperti di Fuchu, Tama, dan Hachioji. Terdapat juga padang golf yang boleh dikunjungi dengan menaiki kereta api dan terdapat juga yang menyediakan perkhidmatan penyewaan kayu golf. Perlawanan sukan golf juga pernah diadakan di Ito-shi, Shizuoka-ken dan Sayama-shi, Saitama-ken. Tempat yang panas sepanjang tahun seperti di Miyazaki-ken, Kagoshima-ken dan Okinawa-ken juga popular sebagai tempat bermain golf. Selain itu, Hokkaido juga popular sebagai tempat bermain golf ketika musim panas disamping dapat menikmati alam semulajadi yang luas.

Lapang sasar golf

Lapang sasar golf merupakan tempat untuk menjalani latihan golf dengan memukul bola golf tanpa henti dan ianya terdapat di merata-rata tempat. Kayu golf boleh dibawa sendiri dari rumah atau dengan meminjam dari tempat tersebut. Untuk sarung tangan pula, lebih baik disediakan sendiri. Terdapat banyak juga lapang sasar yang dibuka pada waktu malam dan beroperasi sehingga lewat malam dan bagi pencinta golf di kawasan bandar pula, mereka mengunjungi lapang sasar ini untuk mengasah bakat pukulan. Selain itu, "indoor golf (simulator golf tertutup)" juga amat popular kerana pemain boleh menganalisis pukulan yang dilakukan.

Cara membeli barangan golf

Kebanyakan barangan golf dibeli dari kedai menjual peralatan golf dan di kawasan yang dipenuhi dengan para pekerja kolar putih seperti di Shinbashi dan Ueno. Terdapat juga kedai yang menjual barangan golf terpakai seperti kayu golf dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga budaya dimana, seseorang itu memulakan minat bermain golf apabila mendapat pemberian kayu golf daripada ayah atau orang atasan. Jika anda membeli kayu golf di Jepun, sila berhati-hati kerana ia tidak boleh dibawa masuk ke dalam kabin bersama-sama. Sila mendaftar masuk kayu golf tersebut ke dalam kargo.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini