Sukan musim sejuk (Winter sports)

Sukan musim sejuk (Winter sports)

Update: 22 Mac 2016

Walaupun di Tokyo jarang ada salji, namun sukan musim sejuk dapat dinikmati di kawasan berdekatan seperti Nagano, Yamagata serta Gunma, dan boleh merasai pengalaman ini secara mudah dengan menyertai rombongan bas (bus tour). Kebanyakan kawasan juga terdapat kolam air panas berdekatan, membolehkan orang ramai menikmati sukan musim sejuk yang bercirikan Jepun.

Sukan musim sejuk di Jepun

Ski dan luncur ais (ice skating) digemari ramai, namun bermula tahun 1990-an, luncur papan salji juga telah mula mendapat sambutan orang ramai. Di sekolah bagi kawasan bersalji (yukiguni) seperti Tohoku, Shinshu serta Hokkaido, ski dan luncur ais diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah dan sekolah menengah. Sejak akhir-akhir ini luncur ais berbunga (figure skating) semakin ditonton oleh orang ramai, siaran televisyen pertandingan kelayakan antarabangsa juga mendapat peratus tontonan yang sangat tinggi.

Tempat popular

Jika ingin pergi ke ski atau luncur papan salji, kawasan yang boleh sampai dalam lingkungan 2 jam dari ibu kota Tokyo menaiki kereta atau kereta api sangat popular. Minakamikogen di Gunma, Kiyosato di Yamanashi, Gotenba di Shizuoka serta Echigo-Yuzawa di Niigata adalah antara contoh-contoh kawasan tersebut. Walaupun Hakuba di Nagano serta Zao di Yamagata agak jauh dari ibu kota Tokyo, namun ia terkenal sebagai kawasan yang boleh menikmati salji serbuk (powder snow) dan sebagai bandar kolam air panas. Niseko di Hokkaido juga sangat popular di kalangan pelancong warga asing kerana kualiti salji serbuk yang baik.

Luncur ais (ice skating)

Sukan musim sejuk yang boleh dinikmati dengan mudah di kawasan bandar adalah luncur ais. Terdapat gelanggang luncur ais (skate ring) yang beroperasi sepanjang tahun di kawasan-kawasan seperti Takadanobaba di Tokyo dan Yokohama di Kanagawa, serta kawasan yang menyediakan gelanggang luncur ais di kawasan luar bangunan (outdoor) bermula Disember hingga Februari. Kasut luncur boleh disewa di gelanggang, dan kebanyakan tempat mewajibkan pemakaian sarung tangan untuk mengelakkan daripada cedera. Dalam gelanggang kebiasaannya terdapat arah luncur yang telah ditetapkan, jadi berhati-hati ketika meluncur dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar tidak meluncur dalam arah yang bertentangan.

Sukan musim sejuk yang unik

Di sebahagian kawasan ski terdapat lorong khas untuk menikmati kereta luncur salji (snow mobile). Kawasan Mirakami di Gunma serta sebahagian kawasan di Hokkaido pula dapat menikmati kereta luncur salji anjing yang ditarik oleh anjing jenis Alaskan Husky. Terdapat perlumbaan kereta luncur secara perkhidmatan untuk orang yang pertama kali naik. Selain itu, Ski Cross-country (Cross-country Ski) serta Ski Telemark (Telemark Ski) yang membolehkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi juga diadakan.

Trekking jalan salji (snowshoe trekking) dan ski backcountry (backcountry)

Pengalaman kembara salji dengan memakai kasut salji (snowshoe) dapat dirasai dengan mudah dari kanak-kanak hingga ke orang tua, membolehkan orang ramai menikmati suasana hutan yang diliputi penuh dengan salji. Selain itu, peminat ski backcountry yang membolehkan orang ramai membawa sendiri peralatan ski mendaki bukit dan meluncur di kawasan yang terbentang luas dengan salji di kawasan yang lain dari gelande (kawasan luncur utama). Bagi ski backcountry orang ramai perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan akan sesat.

Cara menikmati sukan musim sejuk di Jepun

Di kawasan ski kebanyakan tempat menyediakan perkhidmatan menyewa papan ski serta papan luncur salji, dan ada juga yang menyewa kesemua pakaian untuk meluncur lengkap satu set. Terdapat gelande khas yang melarang aktiviti papan luncur salji, jadi perlu berhati-hati sebelum mula meluncur. Di Tokyo terdapat banyak pakej rombongan bas murah yang lengkap dengan set kupon lif, sewa peralatan luncur dan tempat penginapan. Pelancongan bas pula terdapat yang bertolak pada waktu malam, jadi gunakan kesempatan ini sebaik-baiknya.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini