Nature sports (Sukan bersifat alam semula jadi)

Nature sports (Sukan bersifat alam semula jadi)

Update:

Oleh kerana Jepun dikelilingi oleh laut, gunung-ganang yang bersambung secara berterusan, anda boleh menikmati nature sports (sukan yang bersifat alam semula jadi) di setiap wilayah. Di sini, kami ingin memperkenalkan nature sports di gunung, sungai dan udara.

Pengertian nature sports (sukan bersifat alam semula jadi) di Jepun

Secara umumnya dalam alam semula jadi orang Jepun
melakukan sukan yang terdiri daripada kembara berjalan kaki dan memanjat gunung. Ramai di kalangan orang tua khususnya, yang mempunyai hobi mendaki gunung. Sungai Shimanto di wilayah Kochi yang juga dikenali kerana aliran airnya yang jernih sedang berkembang pesat sebagai tempat melakukan sukan seperti berkanu. Termasuk Yatsugatake di wilayah Nagano yang terkenal untuk acara larian, laluan larian di jalan berbukit dan mendaki gunung dengan basikal di kawasan gunung di setiap tempat, acara larian ultra maraton sejauh lebih 100 km dan sebagainya telah dijalankan.

Nature sports (sukan alam semula jadi) di gunung

Terdapat juga budaya merentasi pergunungan, seperti Alps Jepun di Honshu, dan di gunung utamanya terdapat pondok kecil untuk anda bermalam. Di pinggir bandar Tokyo, terdapat Gunung Takao yang terkenal sebagai tempat mendaki yang juga mendapat tiga bintang dalam panduan Michelin (gambar). Oleh kerana kereta kabel juga disediakan pendaki yang melakukan aktiviti ini buat pertama kali boleh mendaki tanpa ragu-ragu. Di gunung yang curam seperti gunung Fuji, ia adalah bahaya sekiranya dipanjat pada masa yang salah dan mungkin menyebabkan kehilangan nyawa. Anda perlu merancang musim untuk mendaki,melakukan persediaan berkaitan pakaian, kasut dan sebagainya dengan teliti.

Nature sports (Sukan alam semula jadi) di sungai

Terdapat pelbagai sungai di pelbagai tempat di Jepun, terutamanya apabila suhu naik pada musim panas, anda boleh menikmati sukan dayung seperti berkanu dan berkayak serta berakit pergi ke sungai dengan menaiki perahu getah yang kecil. Kawasan seperti Okutama di wilayah Tokyo, Nagatoro di wilayah Saitama, Minakami di wilayah Gunma, Kinugawa di wilayah Tochigi, adalah kawasan yang paling popular untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan di sungai.

Nature sports (Sukan alam semula jadi) yang luar biasa

Anda juga boleh menikmati sukan udara seperti belon udara panas dan paragliding. Sukan ini boleh dilakukan di pinggir bandar Tokyo iaitu di Watarase di wilayah Tochigi dan Hakuba di wilayah Nagano. Untuk sukan yang luar biasa seperti menerokai gua dan gua batu kapur anda boleh mengalaminya di Okutama. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan aktiviti menunggang kuda di kawasan di mana terdapatnya ladang, seperti di Yatsugatake di wilayah Yamanashi. Setiap kawasan mempunyai sukan bersifat alam semula jadi yang tersendiri.

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam nature sports (sukan bersifat alam semula jadi) di Jepun

Ketika musim panas adalah lebih baik untuk anda menyediakan ubat penghalau serangga dan
memakai pakaian yang tidak
mendedahkan kulit. Di samping itu, topi juga adalah satu kemestian untuk menghalang
strok haba. Ketika mendaki gunung di Jepun, selain daripada kawasan perkemahan, pada dasarnya pembinaan khemah adalah dilarang. Oleh kerana terdapat peraturan terperinci untuk menggunakan tandas di pondok kecil di atas gunung seperti dikenakan bayaran, anda perlu cuba berbaris bersama pendaki yang lain. Sekiranya, anda terlibat dalam kemalangan atau bencana, kos sebenar untuk kos menyelamat di sektor swasta akan menjadi sangat mahal. Oleh itu, adalah disyorkan untuk anda membeli insurans terlebih dahulu.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini