Muzik dan konsert

Muzik dan konsert

Update:

Di Jepun, anda dapat menikmati pelbagai jenis muzik dan konsert yang dilangsungkan daripada festival rock luar besar-besaran sehingga kepada konsert kecil-kecilan di kelab-kelab.

Konsert festival luar

Di Jepun terdapat konsert terbuka besar-besaran yang dikenali sebagai "festival luar" diadakan. Selain daripada penyanyi Jepun, ramai pemuzik dari luar negara juga turut membuat persembahan. Ia sering dilangsungkan pada musim panas, walaupun dan ada juga yang berlangsung ketika musim bunga, luruh dan sejuk. Ramai juga yang membawa khemah dan beg tidur untuk berkhemah di dalam kawasan konsert sambil menikmati muzik.

Konsert di dome dan stadium

Konsert oleh idol terkenal dan pemuzik tersohor diadakan di pinggir bandar Tokyo, atau pun dome dan stadium di bandar-bandar utama. Kedua-dua dome yang menjadi kebanggan iaitu Tokyo Dome dan Kyocera Dome mempunyai kapasiti yang besar dan boleh memuatkan seramai 55,000 orang. Konsert besar-besaran yang melibatkan puluhan ribu penonton juga turut diadakan di Saitama Super Arena yang terletak di Saitama-ken dan Yokohama Arena yang terletak di Kanagawa-ken.

Panggung teater

Konsert klasik dan opera diadakan di panggung teater. Setiap panggung teater mempunyai skala yang berbeza. Tokyo Metropolitan Theatre contohnya, mempunyai ruang yang besar dan boleh menempatkan seramai lebih kurang 2000 penonton di mana pementasan, tarian dan konsert simfoni diadakan. Ruang konsert di Tokyo Opera City pula mempunyai 1600 tempat duduk di mana konsert klasik oleh pemuzik terkenal diadakan.

Konsert muzik barat dan Jepun

Di Jepun, selain J-POP dan muzik Jepun, genre muzik barat iaitu muzik luar negara seperti Eropah dan Amerika turut menjadi tumpuan. Tiket-tiket boleh dibeli menerusi internet atau di terminal multimedia di kedai serbaneka. Manakala tiket-tiket yang popular sukar untuk diperolehi. Oleh itu ramai peminat yang menyertai kelab peminat untuk mendapatkan tiket-tiket tersebut.

Konsert di kelab-kelab

Konsert oleh kumpulan muzik baru serta kumpulan muzik persendirian kebanyakannya diadakan di kelab-kelab yang boleh memuatkan seramai lebih 200 orang. Di Tokyo, kelab-kelab ini banyak tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai golongan muda seperti di Shibuya, Shimokitazawa, dan Koenji. Walaupun berbeza mengikut kelab, kebanyakan kelab-kelab ini mengenakan bayaran masuk yang murah berbanding konsert berskala besar.

Konsert di bar dan kafe

Persembahan muzik daripada pemuzik turut diadakan di bar dan kafe. Bayaran masuk adalah murah dan anda dapat menikmati makanan sambil menonton konsert. Terdapat banyak kedai di mana anda boleh mendengar pelbagai jenis muzik seperti di bar jazz, bar rock dan bar DJ.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini