Pawagam

Pawagam

Update:

Menonton filem adalah hiburan bagi masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Begitu juga di Jepun, setiap kawasan mempunyai panggung wayang dan ianya mudah dinikmati oleh kanak-kanak sehinggalah orang tua. Di Jepun, tidak membuat bising adalah antara ciri-ciri dalam menjaga adab semasa menonton filem.

Jenis pawagam Jepun

Sejak tahun kebelakangan ini, semakin banyak pawagam bersaiz besar yang dipanggil kompleks pawagam. Di dalam satu bangunan pawagan terdapat banyak skrin, dilengkapi dengan tayangan sistem terkini seperti filem 3D dan sebagainya. Manakala di kawasan luar bandar pula, terdapat banyak pawagam yang didirikan di dalam pusat membeli-belah. Selain itu, terdapat juga pawagam teater mini yang mana kapasitinya tidak melebihi 200 orang, dan juga pawagam 'meigaza' yang menayangkan filem lama.

Cara menikmati pawagam di Jepun

Secara umumnya, karya filem dari luar negara akan dimasukkan terjemahan bahasa Jepun, manakala bagi karya filem untuk tayangan kanak-kanak pula terdapat juga keadaan di mana tayangan tersebut dialih suara kepada bahasa Jepun. Di dalam filem pula, terdapat had usia untuk tontonan, PG12 bermaksud penonton yang tidak mencukupi umur 12 tahun perlukan bimbingan dari penjaga, R15+ pula, penonton yang tidak mencapai umur 15 tahun dilarang menonton, manakala R18+ bermaksud penonton yang tidak mencukupi umur 18 tahun adalah tidak dibenarkan.

Filem "anime" (animasi)

Jepun merupakan negara yang menghasilkan banyak animasi, banyak karya popular filem animasi ditayangkan dan dinikmati juga oleh orang dewasa. Terdapat juga peminat yang menyaksikan tayangan yang sama berulang kali untuk mengumpul barangan terhad percuma yang dihadiahkan semasa memasuki tayangan tersebut. Pada musim cuti persekolahan yang panjang iaitu musim bunga, musim panas dan juga musim sejuk, banyak tayangan filem animasi untuk tontonan kanak-kanak dan pada waktu tersebut dapat dilihat ramai ibu-bapa membawa bersama anak-anak untuk menonton wayang.

Adab pawagam di Jepun

Masyarakat Jepun mempunyai adab yang baik semasa menonton wayang, seperti tidak membuat bising semasa makan dan minum. Selain mematikan telefon, mereka juga tidak bercakap semasa menonton wayang dan tidak menepuk tangan apabila melihat aksi yang mengharukan. Mereka lebih gemar untuk menangis secara perlahan apabila terharu tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat.

Tawaran pawagam di Jepun

Walaupun ianya mungkin berbeza mengikut pawagam, tetapi pada hari Rabu iaitu “ladies day”(hari wanita) secara umumnya tiket filem akan menjadi murah untuk penonton wanita. Manakala, setiap 1 hari bulan yang dikenali sebagai hari wayang, tiket wayang akan menjadi murah untuk lelaki dan juga wanita. Selain itu, terdapat juga diskaun untuk warga emas yang mencecah umur 60 tahun dan ke atas dan juga diskaun untuk 2 orang penonton yang masuk bersama. Pada hari Sabtu dan Ahad, banyak keadaan di mana pawagam di Jepun penuh sesak. Oleh kerana terdapat juga pawagam yang boleh membuat tempahan sebelum tayangan, maka eloklah menggunakannya dengan sebaik mungkin.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini