Bandar masa kini

Bandar masa kini

Update:

Mari kita lihat ciri-ciri bandar Jepun pada masa kini. Pertama sekali memperkenalkan daya tarikan bandar Tokyo dan perkara yang perlu diketahui ketika melawat.

Bandar di Jepun

Bandar-bandar yang melambangkan Jepun adalah Tokyo, Osaka, Nagoya, Kobe, Fukuoka dan Sapporo. Di antara bandar-bandar tersebut, bandar terbesar adalah Tokyo yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi 13 juta orang dan merupakan salah satu bandar mega terkemuka di dunia. Terdapat ramai orang dari daerah sekitarnya yang berulang-alik ke Tokyo untuk bekerja dan belajar. Pusat bandar Kanto adalah Tokyo manakala pusat bandar Kansai adalah Osaka. Osaka adalah bandar kedua di Jepun yang mempunyai kepadataan penduduk yang tinggi dan menjadi pusat ekonomi dan budaya di sebelah barat Jepun. Di antara Tokyo dan Osaka pula terdapat bandar besar Nagoya iaitu bandar ketiga mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Bandar Tokyo

Susunan jalan-jalan di bandar Tokyo tidak dalam grid kerana ia didirikan di atas jalan-jalan yang telah ditubuhkan dalam tempoh Edo (tahun 1603 - 1867). Selain itu, banyak juga jalan yang tidak diberikan nama. Oleh kerana terdapat banyak kawasan yang mempunyai jalan-jalan sempit dan rumit yang menyebabkan anda mudah sesat, jadikan kemudahan sebagai tanda yang mudah difahami seperti stesen kereta api atau pusat beli-belah. Peta kawasan persekitaran kebanyakannya dipaparkan berhampiran dengan pintu keluar stesen.

Bandar utama Tokyo

Tokyo dibahagikan kepada 23 wad. Kawasan berskala besar adalah Shinjuku, Shibuya, Ikebukuro, Ueno, Tokyo dan Akihabara. Bandar-bandar ini terletak di dalam bulatan laluan kereta api Yamanote Line. Stesen kereta api yang bersambung terus dengan bahagian hadapan bangunan dikenali sebagai "ekibiru", dilengkapi pusat beli-belah dan kedai makanan.

Ciri bagus bandar-bandar besar

Jaringan pengangkutan semakin berkembang di bandar besar Jepun dan memudahkan pergerakan. Kereta api dan bas beroperasi selang beberapa minit dan tepat mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu salah satu daya tarikan bandar besar adalah terdapat banyak jenis kedai seperti kedai makanan beroperasi sehingga larut malam.

Masalah bandar-bandar besar

Destinasi pelancongan di bandar besar dan kawasan beli-belah penuh sesak pada hari sabtu, ahad dan cuti umum. Selain itu, pada waktu pagi hari biasa akan dipenuhi dengan pengguna kereta api yang keluar bekerja. Di dalam lingkungan bandar besar Kanto, ramai orang menggunakan kereta api untuk ke tempat kerja dan tempoh perjalanan yang panjang. Terdapat lebih kurang 30% orang yang mengambil masa melebih satu jam. Terlalu ramai orang di dalam kereta api ketika waktu puncak sehingga anda tidak boleh menggerakkan badan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini