Taman

Taman

Update: 22 Mac 2016

"Taman" terletak di pelbagai tempat sekitar Jepun seperti di dalam kawasan bandar, luar bandar dan kawasan perumahan. Taman merupakan tempat untuk berjalan kaki atau melakukan aktiviti sukan, menikmati alam semulajadi serta tempat untuk bermain dan bersantai bagi orang Jepun. Saya akan memperkenalkan jenis-jenis taman, cara penggunaannya dan daya tarikan taman.

Jenis-jenis taman

Taman terdiri daripada taman kecil yang terletak di kawasan perumahan sehingga taman besar seperti Showa Kinen Park, Tokyo yang mengambil masa berjam-jam untuk berjalan dari hujung ke hujung. Ia dibina bertujuan untuk orang ramai bertemu dan berehat serta melindungi alam semulajadi.

Peralatan di taman

Taman kecil adalah tempat untuk orang ramai berehat dan ruang untuk kanak-kanak bermain. Peralatan permainan kanak-kanak diletakkan seperti kerusi, tempat bermain pasir dan buaian. Kebanyakannya turut disediakan juga tandas awam. Di taman besar terdapat kawasan rumput yang luas dan dipenuhi dengan pokok-pokok yang ditanam. Selain itu, terdapat juga kemudahan sukan, zoo dan taman botani. Terdapat juga taman yang mempunyai restoran dan kafe.

Cara penggunaan taman

Bergantung pada taman, berlari dan berbasikal boleh dilakukan di dalam taman. Ramai juga orang yang membawa haiwan peliharaan untuk bersiar-siar di taman mesra haiwan peliharaan. Perlu diingatkan, oleh kerana peraturaan setiap taman adalah berbeza, pastikan anda periksa terlebih dahulu. Selain itu, di taman berskala besar iaitu Hibiya Park juga diadakan pasar lambak dan pelbagai aktiviti. Masuk adalah percuma bagi kebanyakan taman, tetapi bayaran masuk dikenakan bagi taman yang mempunyai kemudahan fasiliti.

Taman semulajadi

Daya tarikan taman yang besar adalah kekayaan alam semulajadinya. Banyak burung hinggap pada pokok-pokok, Kansai Rinkai Park Tokyo terkenal sebagai tempat aktiviti melihat burung. Pokok yang menjadi lambang negara Jepun iaitu "sakura" banyak ditanam di taman dan pada musim bunga, Yoyogi Park dan Ueno Park menjadi tempat "hanami" apabila bunga sakura telah berkembang.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini