Kesihatan dan kecantikan

Kesihatan dan kecantikan

Update:

Jepun dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk berumur panjang di dunia kerana ramai di antara mereka yang mempunyai kesedaran tentang penjagaan kesihatan harian dan mereka lebih cenderung ke arah memakan makanan yang baik untuk tubuh badan. Di samping itu, kaedah perubatan tradisional dan kaedah penjagaan kecantikan yang diwarisi dari zaman dahulu diaplikasikan sehingga kini serta ramai orang yang setia pergi ke salon kecantikan dan salon kuku.

Kesihatan dan kecantikan bagi orang Jepun

Di Jepun oleh kerana ramai orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kesihatan dan kecantikan, tabiat mengambil makanan tambahan sudah mula bertapak secara meluas serta dijual di kedai serbaneka dan sebagainya. Untuk mencegah selesema pada musim sejuk, ramai orang menaiki kereta api dengan memakai topeng. Di samping itu, walaupun pada pandangan dunia bilangan orang yang mengalami obesiti adalah sedikit, tetapi ramai di antara mereka yang mengambil berat tentang berat badan mereka sendiri, oleh itu ramai yang bekerja keras untuk berdiet termasuk lelaki dan wanita. Sesetengah daripada lelaki dewasa Jepun, mengamalkan senaman dan berdiet untuk mengelakkan penyakit berkaitan gaya hidup iaitu "sindrom metabolik".

Cara penjagaan kesihatan dan kecantikan yang utama bagi orang Jepun

Di Jepun, terdapat satu budaya untuk bangun awal pada waktu pagi dan tidur awal pada waktu malam yang baik untuk kesihatan dikenali sebagai budaya "awal tidur dan awal bangun". Di samping itu, terdapat kaedah menjaga kesihatan turun temurun yang dikenali sebagai "geseran pada kain yang kering" iaitu dengan menggosok tuala kering pada kulit secara langsung, dan sebagai langkah untuk menghalang selsema, kaedah ini telah dijalankan di tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak, rumah kebajikan warga tua dan sebagainya. Senaman seperti berjalan dan berlari juga turut dipraktikkan. Selain itu, demi kesihatan dan kecantikan yang baik, ramai juga di antara mereka yang mengambil produk soya seperti natto dan tauhu, serta nori yang mewakili rumpai laut. Seperti salun kecantikan dan salun kuku, terdapat juga banyak tempat untuk membuat rawatan kecantikan.

Makanan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan yang difikirkan oleh orang Jepun

Di Jepun, terdapat satu budaya pemeliharaan kesihatan dengan diet, iaitu makan makanan tertentu mengikut musim dan peristiwa. Pada musim panas, mereka akan memakan belut yang berkhasiat pada hari yang dikenali sebagai "Doyo Ushi No Hi", manakala pada tahun baru, untuk merehatkan perut, mereka mengambil makanan khas seperti "bubur nasi dengan tujuh herba". Beras perang sebagai makanan vegetarian iaitu "Makrobiotik" juga sangat popular beberapa tahun kebelakangan ini, dan terdapat juga restoran yang khusus tentangnya. Selain itu, terdapat juga makanan yang dikenali sebagai "makanan untuk kegunaan kesihatan tertentu", yang dibenarkan oleh agensi pengurusan pengguna dan makanan dan minuman untuk lemak badan yang sukar melekat yang mudah dibawa juga boleh dibeli di kedai serbaneka.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini