Kemudahan kebudayaan

Kemudahan kebudayaan

Update:

Kemudahan yang digunakan untuk tujuan kebudayaan dan kesenian adalah seperti muzium, panggung wayang, teater dan perpustakaan. Selain itu, planetarium dan muzium sains juga termasuk dalam kemudahan kebudayaan yang ada. Mari kita lihat jenis kemudahan kebudayaan yang ada di Jepun.

Kemudahan kebudayaan di Jepun

Di setiap kawasan di Jepun mempunyai pelbagai kemudahan, terutamanya seperti di Tokyo yang mempunyai banyak panggung teater besar. Konsert besar-besaran dan acara sukan turut diadakan di dome, tetapi bagi pertunjukan opera ia dilakukan di dewan besar khas yang bertumpu di Tokyo. Berbeza mengikut bandar, terdapat juga kemudahan seperti planetarium dan panggung wayang dan ia sering dilawati oleh penduduk setempat pada hari cuti.

Kemudahan kebudayaan yang boleh dinikmati semasa melancong

Bukan sahaja bahan pamerannya, bahkan bangunan muzium itu sendiri mempunyai daya tarikannya kerana reka bentuknya yang menarik. Di tengah bandar Roppongi, Tokyo terdapat muzium kesenian dan galeri, dan area Ueno pula terkenal dengan muzium. Kawasan selain daripada Tokyo, kebanyakannya mempunyai muzium yang menjadi lambang kawasan tersebut. Sebagai contoh "21st Century Museum of Contemporary Art" di Kanazawa yang mempunyai struktur bangunan dinamik dan halaman.

Kemudahan kebudayaan yang biasa digunakan oleh orang Jepun

Kemudahan kebudayaan yang biasa digunakan oleh orang Jepun adalah perpustakaan yang tidak mengenakan sebarang bayaran dan popular di kalangan orang ramai. Di Tokyo terdapat lebih daripada 200 buah perpustakaan, selain dapat membaca buku dan majalah, di sini juga boleh menonton CD dan wayang. Pusat komuniti yang menjalankan akitiviti hiburan telah menjadi sebuah tempat yang dekat di hati penduduk.

Kemudahan kebudayaan yang mengalami perubahan

Di setiap kawasan di Jepun terdapat pelbagai hasil karya seni seperti tanah tembikar yang dipanggil "seni rakyat". Ia dipamerkan khas di muzium kesenian yang dikenali sebagai "muzium seni rakyat", banyak muzium seni rakyat yang wujud bercirikan kawasan setempat. Selain itu, terdapat juga muzium terbuka di mana anda boleh berjalan-jalan di luar kawasan muzium sambil melihat pameran di kawasan kediaman yang telah dipindahkan ke tempat yang lebih luas.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini