Pemandangan bandar

Pemandangan bandar

Update:

Jepun terkenal dengan pemandangan bandar moden yang dipenuhi bangunan tinggi. Selain itu, bangunan lama tradisional yang bersejarah, pemandangan bandar di kawasan pertanian, kumpulan bangunan yang bergaya mengikut cuaca tempatan dan tradisional juga menarik perhatian. Nikmatilah pemandangan bandar yang berlainan mengikut setiap kawasan.

Pemandangan bangunan eksotik di Jepun

Kawasan yang mempunyai bangunan tradisional Jepun ialah Kyoto, Nara dan Kanazawa. Pemandangan yang dipenuhi dengan bangunan kayu yang mempunyai bumbung genting ialah suatu pemandangan tradisional yang sudah lama di Jepun sejak zaman Heian. Pemandangan yang berkurun abad juga berada di seluruh Jepun, seperti rumah-rumah bergaya stor yang mempunyai dinding tanah tebal dan bumbung genting di Kawagoe Saitama, lorong yang mempunyai rumah-rumah samurai di Semboku Akita, dan ditetapkan sebagai kawasan simpan agar dapat memelihara pemandangan. Saya mengesyorkan anda untuk melihat pemandangan kawasan rakyat biasa yang lama seperti Asakusa dan Katsushika di Tokyo.

Pemandangan bandar moden

Tokyo ialah bandar raya utama di Jepun, mempunyai banyak bangunan tinggi, kereta api dan jalan bawah tanah, dan merupakan metropolitan moden. Setiap kawasan mempunyai keperibadian yang berlainan seperti Otemachi dan Shunbashi yang mempunyai banyak bangunan pejabat dan tempat perniagaan, dan juga Ginza, Ueno dan Shibuya yang mempunyai banyak kemudahan membeli-belah dan hiburan. Biasanya, tempat tinggal terletak jauh dari tempat kerja di bandar besar, dan Saitama dan Kanagawa merupakan bed-town (kawasan perumahan bagi mereka yang bekerja di bandar besar) dan mempunyai banyak perumahan dan kemudahan perniagaan yang besar.

Pemandangan yang unik di setiap kawasan

Ada beberapa kawasan yang masih mengekalkan pemandangan tradisional di Jepun. Shirakawago yang telah disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia mempunyai rumah-rumah tradisional yang mempunyai bumbung yang cerun curam, dipanggil "Gasshozukuri". Tsumagojuku di Nagano menjadi makmur pada masa Edo sebagai kawasan penginapan, dan jalan berbatu yang tersusun dan perumahan kayu dipulihkan semula, dan dapat dinikmati pemandangan yang sama seperti masa lampau. Selain itu, rumah-rumah di Okinawa mempunyai budaya sendiri yang berkembang di bawah kerajaan Ryukyu, dan gayanya berbeza daripada kawasan utama Jepun. Misalnya, Taketomijima di Kepulauan Yaeyama menyimpan rumah-rumah bumbung genting merah yang dikelilingi dengan tembok batu, sehingga hari ini.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini