HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Kichijoji Mari berjalan di setiap sudut "Nakano" iaitu sebuah bandar dengan cabang kebudayaan Jepun dalam masa 3 jam!
Mari berjalan di setiap sudut "Nakano" iaitu sebuah bandar dengan cabang kebudayaan Jepun dalam masa 3 jam!

Mari berjalan di setiap sudut "Nakano" iaitu sebuah bandar dengan cabang kebudayaan Jepun dalam masa 3 jam!

Last updated: 12 April 2018

Cabang kebudayaan Jepun seperti manga (komik) dan anime tidak terhad kepada Akihabara tetapi Nakano juga dikenali sebagai bandar cabang kebudayaan. Bandar Nakano juga dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual barangan koleksi, dan sering dikunjungi oleh peminat dari dalam dan luar negara. Tidak terhad kepada Otaku (seseorang yang taksub dengan sesuatu), sesiapa sahaja yang melawat Nakano pasti akan ketagih jika bertemu dengan sesuatu yang menyeronokkan.

Apa-apa sahaja boleh didapati di "Nakano Broadway"

Apa-apa sahaja boleh didapati di "Nakano Broadway"

Nakano Broadway adalah pusat membeli-belah yang sesak, penuh dengan beberapa kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan yang berkaitan dengan hobi, buku terpakai, pakaian, makanan dan barangan yang berkaitan dengan rumah dan barangan untuk kegunaan harian. Kewujudannya adalah seperti pangkalan rahsia bagi cabang kebudayaan seperti anime, permainan atau idola. Tidak syak lagi, ini adalah tempat yang telah menjadikan Nakano sebagai pusat cabang kebudayaan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam bilangan pelancong asing yang melawat Nakano selepas Nakano dipaparkan dalam media asing dan terdapat juga katalog dalam empat bahasa. Sambungan Wi-Fi percuma boleh dinikmati dari tingkat B1 hingga tingkat 4 bangunan ini.

"Nidaime Enji" yang menawarkan sup pekat yang lazat

"Nidaime Enji" yang menawarkan sup pekat yang lazat

Nakano adalah medan pertempuran ramen kerana terdapat banyak kedai-kedai ramen di kawasan ini. Oleh yang demikian, tempat ini merupakan tempat di mana penggemar tegar ramen bertemu dengan ramen yang lazat yang semestinya memberikan kepuasan dan kebahagiaannya kepada yang merasanya. Di antara kedai-kedai ramen di Nakano, "Nidaime Enji" menawarkan mi celup yang popular yang dipanggil tsukemen, yang dimakan bersama sup yang pekat. Supnya dikategorikan sebagai "sup sayur-sayuran", yang menggunakan pes sayuran asli dan ditambahkan tulang babi, tulang ayam dan menggunakan stok sup makanan laut dari ikan bonito. Mi ini pula diperbuat daripada germa gandum tempatan. Mi yang kenyal dan harum ini dinikmati dengan mencelupnya ke dalam sup pekat melahirkan kombinasi yang begitu sempurna.

  • Nidaime Enji
    二代目えん寺
    • Address 5-62-7 Nakano, Nakano-ku, Tokyo 164-0001, Japan

"Planetarium Nakano ZERO" dalam suasana retro

"Planetarium Nakano ZERO" dalam suasana retro

Planetarium optik yang memancarkan suasana yang lama memberikan kita keselesaan. Pada dasarnya tayangan diadakan pada hari sabtu, ahad dan cuti umum. Daya tarikan planetarium ini tidak lain dan tidak bukan adalah ulasan secara langsung oleh seorang pakar bidang astronomi. Beliau menyampaikan mitologi Yunani purba yang berkaitan dengan buruj bermusim dan maklumat astronomi terkini. Hanya komentar bahasa Jepun disediakan tetapi ulasan secara langsung memberikan kehangatan yang berbeza daripada yang ulasan melalui pita rekod. Jom kita nikmati persembahan langit malam di sini.

  • Nakano ZERO Planetarium
    なかのZEROプラネタリウム
    • Address 2-9-7 Nakano, Nakano-ku, Tokyo 164-0001, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari