HOME Roppongi Tempat di Roppongi yang boleh anda nikmati walaupun selepas pukul 9 malam!
Tempat di Roppongi yang boleh anda nikmati walaupun selepas pukul 9 malam!

Tempat di Roppongi yang boleh anda nikmati walaupun selepas pukul 9 malam!

Update: 18 Oktober 2016

Bandar Roppongi yang tidak pernah tidur semakin rancak menjelang malam. Memperkenalkan tempat yang membantu dalam pencarian cenderamata atau makanan ringan ketika lapar dan kafe yang masih dibuka selepas pukul 9 malam.

Almond Roppongi

Almond Roppongi

Kedai kopi yang berwarna merah jambu ini terletak di hadapan persimpangan jalan Roppongi. Terdapat beberapa manisan bakar dan kek di sini, antara yang popular adalah "ringushu" yang berharga 350 JPY. Ia merupakan produk yang laris dijual sejak ditubuhkan pada tahun 1952. "Ringushu" adalah doh pastri rangup berbentuk seperti cincin yang diapit krim segar dan krim kastad. Kedai beroperasi sehingga pukul 11 malam pada hari Isnin hingga Rabu, hari Ahad dan hari cuti umum manakala pada hari Khamis hingga Sabtu ia dibuka sehingga pukul 3 pagi.

  • ALMOND ROPPONGI
    アマンド六本木店
    • Address 6-1-26, Roppongi , Minato-ku, Tokyo, 106-0032

KAKIGORI CAFE&BAR  yelo

KAKIGORI CAFE&BAR  yelo

Kedai ini khas menjual air batu campur dengan pelbagai bahan sampingan dan perasa yang unik. Antara menunya adalah tiramisu, susu strawberi, mangga lassi, matcha dan lobak merah organik mascarpone. Sirap pemanis dihasilkan sendiri dan menggunakan rasa asli sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedai ini dibuka sehingga pukul 5 pagi (pada hari Ahad sehingga pukul 11 malam). Harga bermula daripada 800 JPY.

  • KAKIGORI CAFE&BAR yelo
    KAKIGORI CAFE&BAR yelo
    • Address Patio Roppongi 1F ,5-2-11 Roppongi , Minato-ku, Tokyo, 106-0032, Japan

Don Quijote Roppongi

Don Quijote Roppongi

Kedai ini terkenal sebagai kedai diskaun terbesar di Jepun dan popular kerana harganya yang murah dan terdapat lebih kurang 30,000 jenis barangan dijual di sini. Barang yang hanya terdapat pada musim panas seperti baju mandi dan pelampung turut dijual. Makanan ringan dan mask penjagaan muka antara cenderamata yang popular. Terdapat kaunter pengecualian cukai dan ada pekerja yang boleh berbahasa Inggeris. Ia dibuka 24 jam setiap hari dan boleh diakses dengan hanya berjalan kaki 3 minit dari persimpangan jalan Roppongi.

  • Don Quijote Roppongi
    ドン・キホーテ 六本木店
    • Address 3-14-10, Roppongi , Minato-ku, Tokyo, 106-0032

Matsumoto Kiyoshi Roppongi

Matsumoto Kiyoshi Roppongi

Ia merupakan cawangan farmasi terbesar di Jepun yang terletak berhadapan dengan persimpangan jalan Roppongi. Pelbagai produk seperti ubat-ubatan dan produk kecantikan dijual di sini. Produk kecantikan jenama Jepun seperti Shiseido, Kanebo, Kose dan Sofina serta produk penjagaan rambut boleh didapati di sini. Farmasi ini adalah kedai bebas cukai dan kad China Union Pay diterima di sini. Dibuka 24 jam pada hari biasa (hari Ahad dan hari cuti umum dibuka sehingga pukul 9 malam).

  • Matsumotokiyoshi Roppongi Store
    マツモトキヨシ 六本木店
    • Address 6-1-26, Roppongi , Minato-ku, Tokyo, 106-0032
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini