HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa 6 pilihan menikmati kelazatan rasa kedai-kedai lama di Asakusa
6 pilihan menikmati kelazatan rasa kedai-kedai lama di Asakusa

6 pilihan menikmati kelazatan rasa kedai-kedai lama di Asakusa

Last updated: 12 Januari 2021

Asakusa, bandar yang penuh dengan kedai-kedai bersejarah yang terkenal dan juga merupakan kawasan peneraju gourmet di Tokyo. Terdapat banyak kedai lama yang mengekalkan rasa dan menjaga reputasi kedai dari generasi ke generasi. Memperkenalkan 6 buah kedai untuk dinikmati sekiranya berkunjung ke Asakusa.

Asakusa Mugitoro

Asakusa Mugitoro

Ditubuhkan pada tahun 1929. Menu utama ialah “Mugitoro”. Cara penyediaan hidangan ini ialah dengan memasukkan parutan yamato imo iaitu sejenis ubi yang melekit dan mempunyai rasa manis, ke dalam sup dashi (pati untuk masakan Jepun) sehingga menjadi “tororo” dan akhirnya menuangkan “tororo” tersebut ke atas nasi barli sebelum dimakan. Mugitoro yang disertakan bersama hidangan pembuka selera, sashimi dan tempura iaitu set “Tororo-irodori-zen” berharga 2,800 JPY (tidak termasuk cukai). Hidangan yang terkenal ialah bufet mugitoro yang terhad pada hari minggu (11:00 pagi hingga 1:30 tengah hari) yang membolehkan pelanggan menikmati tamagoyaki (telur goreng berbentuk segi empat), masakan rebus, jeruk, sup miso dan sebagainya sebanyak mana yang disukai.

  • Asakusa Mugitoro
    浅草むぎとろ
    • Address 2-2-4, Kaminarimon, Taito-ku, Tokyo, 111-0034

Tempura Daikokuya

Tempura Daikokuya

Ditubuhkan pada tahun 1887. Tempura yang digoreng dengan hanya menggunakan minyak bijan sahaja, dan kulitnya yang rangup adalah keistimewaannya. Hidangan yang disyorkan adalah “Tempura tendon” berharga 1,950 JPY yang mana dihidangkan dengan 4 ekor tempura udang di atasnya. Udangnya yang sangat besar sehingga melebihi saiz mangkuk adalah sangat memuaskan. Kepekatan dan masam manis “tare” (sos yang sering digunakan di Jepun terutamanya untuk memanggang) membangkitkan lagi kemanisan rasa udangnya. Hidangan “tendon” berharga 1,550 JPY juga adalah menu popular yang mana diletakkan dengan 3 jenis makanan iaitu udang, “ikan kisu” (sejenis ikan), dan juga “kakiage” (sejenis tempura dibuat dengan hirisan campuran sayur-sayuran, seperti bawang, lobak merah, dan kadang-kadang termasuk udang atau sotong, yang digoreng seperti gorengan bulat kecil).

  • Daikokuya Tenpura
    大黒家天麩羅
    • Address 1-38-10, Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0032

Kaminarimon Sansada

Kaminarimon Sansada

Ditubuhkan pada tahun 1837. Kedai yang dikenali ramai dengan penjagaan reputasinya semenjak zaman Edo lagi, dan dikatakan sebagai kedai tempura yang paling lama di Jepun. Hidangan yang menjadi kebanggaan ialah “jo tendon” berharga 1,820 JPY, yang mana selain dari udang besar yang diletakkan sehingga melebihi saiz mangkuk, “kareage” udang kecil dan sotong yang digoreng juga turut diletakkan di atasnya, menjadikannya satu hidangan yang penuh keenakan. Bau tempura yang digoreng dengan minyak bijan juga sangat wangi. Untuk pelancong asing juga turut disediakan menu dalam bahasa asing yang popular iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Thai.

  • Kaminarimon Sansada
    雷門三定
    • Address 1-2-2, Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0032

Otafuku

Otafuku

Kedai khusus makanan “oden” yang ditubuhkan pada tahun 1915. Oden ialah masakan yang mana bahan-bahan seperti konnyaku, “hanpen” (sejenis makanan Jepun yang diperbuat daripada isi ikan dan ubi), lobak putih, dan sebagainya yang direbus di dalam sup renehan “kombu” (rumpai laut yang biasa digunakan dalam masakan sup di Jepun) dan “katsuo” (ikan aya) dengan jangka masa yang lama. Kebiasaannya 30 hingga 40 jenis bahan yang digunakan dalam penyediaan oden. Untuk membangkitkan lagi rasa, setiap bahan-bahan tersebut disediakan, dan jangka masa renehan juga berubah mengikut bahan. Lobak putih yang direneh selama 3 hari membuatkan sup meresap ke dalamnya, dan menghasilkan lobak putih yang sangat lembut sehingga boleh dipotong dengan hanya menggunakan penyepit. Satu pinggan berharga dari 110 JPY hingga 540 JPY. Terdapat juga oden yang dijual dengan harga pasaran.

  • Otafuku
    大多福
    • Address 1-6-2, Senzoku, Taito-ku, Tokyo, 111-0031

Kamiya Bar

Kamiya Bar

Ia dibuka pada tahun 1880 sebagai bar pertama di Jepun. Menu istimewa adalah “Denki Bran” berharga 250 yen iaitu koktail berasaskan “brandy” (arak yang diperbuat dari anggur) yang diwarisi sejak penubuhannya sehingga kini. Pada masa itu, tidak terdapat lagi bekalan tenaga elektrik di Jepun, dan walaupun ia tidak berkaitan dengan elektrik, tetapi pada zaman tersebut nama diberikan berikutan permulaan penyalaan elektrik yang menjadi perhatian pada ketika itu. Pada permulaan darjah alkohol setinggi 45 darjah menyebabkan seperti rasa kebas dan dikatakan bersesuaian dengan elektrik.

  • Kamiya Bar
    神谷バー
    • Address 1-1-1, Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0032

Andirasu

Andirasu

Ia merupakan kedai “kissaten” (kedai kopi berkonsepkan kejepunan) yang ditubuhkan pada tahun 1946. Sebuah kedai yang disukai oleh pengarang terkemuka Jepun seperti Yasunari Kawabata, Shotaro Ikewami dan sebagainya. Kebanggaannya adalah bancuhan kopi dan juga kek yang diletakkan dengan nama kedai iaitu “anderasu” berharga 330 yen. “Anderasu” adalah kek gulung yang menggunakan krim mentega, dan terdapat dalam 2 jenis perisa iaitu coklat dan coklat putih. Bancuhan kopinya adalah bersesuaian dengan rasanya yang segar. Disyorkan juga menu “Plum Dutch Coffee” berharga 720 JPY iaitu bancuhan kopi yang dimasukkan arak plum ciptaan sendiri.

  • Angelus
    アンヂェラス
    • Address 1-17-6, Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0032
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari