HOME Kagurazaka Aktiviti di Tokyo pada bulan Julai pasti mengujakan biarpun pada musim yang panas!
HOME Shinjuku Aktiviti di Tokyo pada bulan Julai pasti mengujakan biarpun pada musim yang panas!
HOME Ikebukuro Aktiviti di Tokyo pada bulan Julai pasti mengujakan biarpun pada musim yang panas!
Aktiviti di Tokyo pada bulan Julai pasti mengujakan biarpun pada musim yang panas!

Aktiviti di Tokyo pada bulan Julai pasti mengujakan biarpun pada musim yang panas!

Update:

Walaupun berada di Tokyo, anda dapat melihat kesenian tradisional yang datang dari pelbagai kawasan di Jepun seperti Okinawa dan Tokushima. Juga jangan lupa menyaksikan persembahan hula yang dapat membuatkan anda merasai suasana di Hawaii.

"Noryo no yube"

"Noryo no yube"

<15 Julai (Jumaat)>
Acara ini diadakan di Chidorigafuchi di sebelah barat laut Istana Maharaja Jepun, mengapungkan toro (bekas lampu tradisional) dari bot. Sebanyak 80 buah bot akan melayari sungai, kira-kira 700 buah toro (bekas lampu tradisional) diletakkan di permukaan air, cahaya yang perlahan menghiasi permukaan air, suasananya sungguh menakjubkan. Pengunjung awam boleh melihat acara ini secara percuma,tetapi jika ingin menaiki bot, tempahan awal dan yuran penyertaan diperlukan.

"Kagurazaka Matsuri"

"Kagurazaka Matsuri"

<27 Julai (Rabu) ~ 30 Julai (Sabtu)>
Hoozuki Ichi (Pasar Winter Cherry) akan diadakan pada 27 dan 28 hari bulan, manakala Awa-odori (tarian tradisional yang berasal dari Tokushima) akan diadakan pada 29 dan 30 hari bulan. Tempat utama bagi Hoozuki Ichi (Pasar Winter Cherry) ialah berhampiran kuil Bisyamonten-Zenkokuji. Selain menjual buah Winter Cherry, kedai makan yang berhampiran turut membuka gerai-gerai di situ. Kira-kira 20 buah kumpulan akan menyertai Awa-odori setiap hari, dan mereka akan berjalan sambil menari dengan lincah di sepanjang jalan Kagurazaka-dori dengan diiringi gendang Jepun.

  • Bishamonten Zenkoku-ji
    毘沙門天善國寺
    • Address 5-36, Kagurazaka, Shinjuku-ku, Tokyo, 162-0825

"Tokyo Hula Festa di Ikebukuro"

"Tokyo Hula Festa di Ikebukuro"

<29 Julai (Jumaat) ~ 31 Julai (Ahad)>
Pesta hula terbesar di Jepun, dan tahun ini merupakan tahun ke-14 ianya diadakan. 29 hari bulan ialah prapesta, 30 dan 31 hari bulan ialah pesta utama. Lokasi utama ialah pentas Ikebukuro-Nishiguchi-Koen, dan terdapat 6 lokasi lain di sekeliling Stesen Ikebukuro. Terdapat 175 buah kumpulan iaitu kira-kira 4500 peserta akan mempersembahkan tarian di pesta ini. Setiap malam, persembahan terakhir yang dipanggil "Hula Night" diadakan di pentas Nishiguchi-koen. Peserta, jawatankuasa pesta dan penonton boleh menari bersama-sama.

  • Ikebukuronishiguchi Kouen
    • Address 1-8-26, Nishiikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 171-0021
      View Map
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3981-0534

"Shinjuku Eisa Matsuri 2016"

"Shinjuku Eisa Matsuri 2016"

<30 Julai (Sabtu)>
Eisa ialah salah satu kesenian tradisional di Okinawa seperti bon-odori (tarian tradisional pada musim bon). Kira-kira 25 buah pasukan akan menyertai pesta ini. Para penari memakai kostum tradisional Okinawa yang berwarna warni dan mempersembahkan tarian yang hebat sekali dengan bunyi gendang Jepun dengan pelbagai saiz dan suara lantang. Acara ini diadakan di Station Shinjuku Alta di depan Stesen Shinjuku-Higashiguchi, Kabuki-cho, Shinjuku-Nishiguchi dan lain-lain.

  • Shinjuku ALTA
    • Address 3-24-3, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022
      View Map
    • Nearest Station Shinjuku Station (JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Toei Shinjuku Line / Toei Oedo Line / Keio Line / Keio New Line / Odakyu Odawara Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3350-5500
  • kabukityo-Centralroad,etc(Evening performance)
    歌舞伎町セントラルロードほか(夜の部)
    • Address outskirts of 1-19-1, Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0021
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini