HOME Asakusa Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit malam Tokyo di musim panas
HOME Shibamata / Kita-Senju / Kameari Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit malam Tokyo di musim panas
HOME Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit malam Tokyo di musim panas
Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit malam Tokyo di musim panas

Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit malam Tokyo di musim panas

Update:

Pertunjukan bunga api yang menghiasi langit malam dengan keindahan bunga apinya yang disertai dengan bunyi letupan yang kuat. Di Tokyo terdapat banyak pertunjukan bunga api yang berwarna-warni yang memiliki sejarah yang panjang dan menjadi kebanggaan.

"Adachi-no-hanabi" (Bunga api Adachi)

"Adachi-no-hanabi" (Bunga api Adachi)

< 23hb Julai (Sabtu) 7:30 petang - 8:30 malam) >
Di antara pertunjukan bunga api yang paling awal dilangsungkan pada musim panas di Tokyo. Ia boleh dilihat dengan duduk sambil bersantai di lereng dan bahu jalan. “StarMine” iaitu bunga api yang dipancarkan dengan banyak dalam masa yang singkat serta pelbagai lagi percikan bunga api yang lain adalah antara yang dijadualkan untuk dipertunjukkan. Bunga api yang popular ialah “Niagara” iaitu percikan apinya kelihatan sangat menarik seperti aliran air terjun yang sedang jatuh mengalir. Dianggarkan kira-kira 13,500 das tembakan bola api akan dilancarankan pada hari tersebut.

Location:Arakawa River (between Tokyo Metro Chiyoda Line Tekkyo Bridge and Nishiaraibashi Bridge)
Station:Kitasenju Station (Tokyo Metro, JR, Tobu Skytree Line, Tsukuba Express), 15 minutes on foot

Pertunjukan Bunga Api Katsushika

Pertunjukan Bunga Api Katsushika

< 26hb Julai (Selasa) 7:20 petang - 8:30 malam >
Oleh kerana tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 pertunjukan, maka waktu pertunjukan akan dipanjangkan selama 10 minit dari tahun-tahun sebelumnya menjadikan 70 minit. Pelancaran bola api adalah kira-kira 15,000 das tembakan. Oleh kerana tempat duduk penonton dengan tempat pelancaran adalah berdekatan, maka ianya adalah antara tempat terbaik di dalam bandar untuk menyaksikan bunga api dengan kepuasan yang sebenar. Kebiasaannya, di penghujung persembahan, langit luas akan dihiasi dengan bunga api “Niagara” berserta dengan cahaya terang dan bunyi yang kuat. Sebelum menyaksikan bunga api, anda juga dapat menyaksikan filem popular “Otoko-wa-tsurai-yo”, dan jika bersiar-siar di Kuil Shibamata Taishakuten, anda juga dapat menikmati kawasan kejiranan lama Jepun.

Location:Katsushika Shibamata Baseball Field (Edogawa River side)
Nearest Station:Shibamata Station (Keisei line), 10 minutes on foot

Pertunjukan Bunga Api Sumida-gawa (Sungai Sumida)

Pertunjukan Bunga Api Sumida-gawa (Sungai Sumida)

< 30hb Julai (Sabtu) 7:05 petang - 8:30 malam >
Pertunjukan bunga api yang juga dikenali sebagai “Ryokoku-no-hanabi” iaitu bunga api yang pertama di Tokyo dan diteruskan tradisinya sejak dari tahun 1733, dan juga turut disiarkan secara langsung di televisyen. Lokasi pertama ialah dari hulu Sakurabashi sehingga hilir Kototoibashi. Lokasi kedua ialah dari hulu Komagatabashi sehingga hilir Umayabashi. Lokasi pertama adalah tempat yang mana terdapatnya pengendali bunga api iaitu wakil dari seluruh Jepun yang mendapat mata cemerlang dalam pertandingan bunga api yang diadakan. Di samping itu, dicampurkan dengan lokasi kedua, kira-kira 20,000 das tembakan bunga api akan dilancarkan.

Location:Asakusa, Mukojima area along the Sumida River
Nearest Station (Venue 1): Asakusa Station (Tobu Railway, Tokyo Metro, Toei Subway), 15 minutes on foot, Venue 2:Asakusa Station (Tobu Railway, Tokyo Metro, Toei Subway), 5 minutes on foot

Pertunjukan Bunga Api Edogawa-ku

Pertunjukan Bunga Api Edogawa-ku

< 6hb Ogos (Sabtu) 7:15 petang - 8:30 malam >
Setiap 8 tema mempunyai bunga api yang berbeza-beza kesannya, dan dilancarkan seiring dengan “BGM” (latar belakang muzik). Pada acara pembukaan, kira-kira 1,000 das tembakan bunga api dilancarkan dengan penuh berkesan selama 5 saat, dan dihiasi dengan bunga api berwarna perak dan emas yang sangat menarik. Jumlah semua pelancaran adalah kira-kira 14,000 das tembakan. Dengan menggunakan penyalaan api elektrik berkawalan jauh, persembahan yang sangat halus dan terperinci dapat dihasilkan. Pertunjukan bunga api ini diadakan serentak dengan pertunjukan bunga api musim panas bandar Ichikawa yang dilangsungkan di pantai yang bertentangan di bandar Ichikawa, Chiba.

Location:Edogawa River riverbed (in front of Shinozaki Park)
Nearest Station:Shinozaki Station (Toei Subway), 15 minutes on foot, Koiwa Station, as well as Edogawa Station (Keisei Electric Railway), 25 minutes on foot

Pertunjukan Bunga Api Inabashi

Pertunjukan Bunga Api Inabashi

< 6hb Ogos (Sabtu) 7:00 petang - 8:30 malam >
Oleh kerana pelancarannya adalah usahasama dengan bandar Toda, Saitama, maka anda boleh menikmati 2 pertunjukan bunga api dalam satu masa. Jumlah pelancaran bola apinya adalah kira-kira 12,000 das tembakan. Antara yang menjadi tarikan adalah bunga api yang dipanggil “shakugosundama” iaitu bunga api bersaiz besar yang mempunyai diameter 45 sentimeter, “Star Mine” bunga api yang dilancarkan dengan beberapa das dalam masa singkat, dan juga “Air terjun Niagara” yang berkelebaran kira-kira 700 meter yang juga bunga api terpanjang di kawasan Kantou (kawasan yang terdiri dari tujuh wilayah: Gunma,Tochigi, Ibaraki, Saitama, Tokyo, Chiba, dan Kanagawa)

Location: Arakawa River, Itabashi-ku
Nearest Station:Takashimadaira Station, Nishidai Station, Hasune Station (Mita Line), 20 minutes on foot, Ukima-Funado Station (JR Saikyo Line), 20 minutes on foot

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini