HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa Sekiranya ingin melihat bunga-bungaan yang melambangkan musim panas di Tokyo, pastikan anda berkunjung ke Asagao-Ichi (Festival Bunga Seri Pagi) dan Hozuki-Ichi (Festival Bunga Chinese Lantern)
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Akihabara Sekiranya ingin melihat bunga-bungaan yang melambangkan musim panas di Tokyo, pastikan anda berkunjung ke Asagao-Ichi (Festival Bunga Seri Pagi) dan Hozuki-Ichi (Festival Bunga Chinese Lantern)
Sekiranya ingin melihat bunga-bungaan yang melambangkan musim panas di Tokyo, pastikan anda berkunjung ke Asagao-Ichi (Festival Bunga Seri Pagi) dan Hozuki-Ichi (Festival Bunga Chinese Lantern)

Sekiranya ingin melihat bunga-bungaan yang melambangkan musim panas di Tokyo, pastikan anda berkunjung ke Asagao-Ichi (Festival Bunga Seri Pagi) dan Hozuki-Ichi (Festival Bunga Chinese Lantern)

Last updated: 1 Julai 2019

Seri pagi dan Chinese lantern, bunga-bungaan yang berkembang pada musim panas. Aktiviti jualan kedua-dua jenis tanaman yang diadakan menerusi Asagao-Ichi dan Hozuki-Ichi ini sudah menjadi perkara biasa di kalangan rakyat biasa sejak zaman Edo lagi. Festival ini diadakan di sesetengah tempat di dalam bandar dan menjadi lambang suasana musim panas di Tokyo.

Iriya Asagao Matsuri (Festival Bunga Seri Pagi di Iriya)

Iriya Asagao Matsuri (Festival Bunga Seri Pagi di Iriya)

< 6 Julai (Rabu) hingga 8 Julai (Jumaat) >
Festival ini diadakan di Iriya Kishimojin (nama lain bagi Kuil Shingen-ji) yang terletak di Shitaya, Taito-ku, dan kawasan sekitarnya. Setiap tahun, hampir 400,000 orang pengunjung datang berkunjung ke festival yang menyediakan lebih kurang 120 buah kedai menjual bunga seri pagi dan 100 buah gerai jalanan ini. Acara tradisi Iriya Asagao-Ichi ini diadakan sejak penghujung zaman Edo lagi, namun semakin berkurangan pada era berikutnya. Festival ini diraikan semula sebagai Asagao Matsuri pada tahun 1984, dan merupakan ulang tahun yang ke-68 pada tahun ini. Ishiya Kishimojin dianggap sebagai Tuhan yang melindungi ibu dan anak oleh penganutnya.

  • Iriyakishimojin
    入谷鬼子母神
    • Address 1-12-16,shitaya,Taito-ku,Tokyo,110-0004

Bunkyo Asagao-Ichi (Festival Bunga Seri Pagi di Bunkyo)

写真提供:文京区
写真提供:文京区

< 23 Julai (Sabtu) dan 24 Julai (Ahad) >
Festival ini diadakan di sekitar kawasan Kuil Denzuin yang terletak di Koishikawa, Bunkyo-ku. Terdapat banyak bunga seri pagi yang berwarna-warni dan ditanam di dalam pasu ada dijual di sini. Selain pameran bunga dengan kelopak bunga berdiameter mencecah 10cm, pelbagai acara lain turut diadakan. Denzuin merupakan kuil yang didedikasikan kepada tokoh wanita pada zaman Edo iaitu ketika era pemerintahan Shogun Tokugawa, malah makam Odaikata iaitu ibu kandung kepada Tokugawa Ieyasu (Shogun pertama), dan Senhime iaitu puteri kepada Tokugawa Hidetada (Shogun kedua) juga terletak di kuil ini.
Image courtesy of Bunkyo-ku

  • Denzuin-Temple
    伝通院
    • Address 3-14-6,Koishikawa,Bunkyo-ku,Tokyo,112-0002

Kunitachi Asagao-Ichi (Festival Bunga Seri Pagi di Kunitachi)

Kunitachi Asagao-Ichi (Festival Bunga Seri Pagi di Kunitachi)

< 2 Julai (Sabtu) dan 3 Julai (Ahad) >
Festival ini diadakan di kawasan lapang di bahagian selatan pintu pagar utama Universiti Hitotsubashi dan Daigaku-dori yang terletak di Kunitachi, pinggir bandar Tokyo. Terdapat kira-kira 2,000 buah pasu kecil daripada pelbagai jenis bunga seri pagi yang ditanam di ladang "Kunitachi Asagao no Sato" yang terletak di Kunitachi dijual di sini. Selain bunga seri pagi, furin yang merupakan kraf tradisional Tokyo yang diperbuat daripada kaca, serta sayur-sayuran dari ladang-ladang penduduk tempatan juga dijual di sini. Furin ialah sejenis loceng bersaiz kecil yang akan berbunyi apabila ditiup angin. Kebiasaannya furin digantung di bawah cucur atap rumah pada musim panas.

  • Hitotsubashi University
    一橋大学
    • Address 2-1,Naka,Kunitachi-shi,Tokyo,186-8601

Sensoji Hozuki-Ichi (Festival Bunga Chinese Lantern di Sensoji)

Sensoji Hozuki-Ichi (Festival Bunga Chinese Lantern di Sensoji)

< 9 Julai (Sabtu) dan 10 Julai (Ahad) >
Kuil Sensoji dibina pada tahun 628 dan dikatakan sebagai kuil yang tertua di Tokyo. Kuil Sensoji yang dikenali sebagai "Asakusa no Kanonsama" merupakan tempat pelancongan yang terkenal di Tokyo. Sepanjang tempoh festival, terdapat kira-kira 100 buah kedai yang menjual pokok Chinese lantern di dalam pasu kecil di sekitar kawasan kuil ini. Selain itu, kelibat orang Jepun yang memakai yukata (pakaian tradisional Jepun semasa musim panas) yang berwarna-warni juga banyak kelihatan di sana-sini. Dipercayai bahawa pahala beribadat pada 9 dan 10 Julai di sini menyamai pahala ibadat selama 46,000 hari. Di samping itu, "azimat kaminariyoke" untuk memohon perlindungan dari petir juga hanya diedarkan pada dua hari tersebut sahaja.

  • Senso-ji Temple
    • Address 2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3842-0181

Bunkyo Hozuki-Ichi (Festival Chinese Lantern di Bunkyo)

Bunkyo Hozuki-Ichi (Festival Chinese Lantern di Bunkyo)

< 23 Julai (Sabtu) dan 24 Julai (Ahad) >
Festival ini diadakan di sekitar kawasan Kuil Genkaku-ji yang terletak di Koishikawa, Bunkyo-ku. Terdapat banyak kedai yang menjual pokok Chinese Lantern yang masih mempunyai biji benih berwarna merah tua pada buahnya dalam pasu kecil. Kuil Genkaku-ji juga dikenali sebagai "Konyaku Enma" yang dipercayai boleh mengubati penyakit mata sejak zaman dahulu lagi. Kebanyakan patung Enma di sekitar kawasan kuil ini dihidangkan dengan agar-agar (konyaku). Selain daripada jualan konyaku dan Chinese lantern yang boleh dimakan, terdapat pelbagai acara lain turut diadakan.
Image courtesy of Bunkyo-ku

  • Genkakuji-Temple
    源覚寺
    • Address 2-23-14,Koishikawa,Bunkyo-ku,Tokyo,112-0002

Asahi Jinja Hozuki-Ichi (Festival Bunga Chinese Lantern di Kuil Asahi)

Asahi Jinja Hozuki-Ichi (Festival Bunga Chinese Lantern di Kuil Asahi)

< 8 Julai (Jumaat) dan 9 Julai (Sabtu) >
Festival ini diadakan di Kuil Asahi yang terletak di Roppongi, Minato-ku. Festival yang dianjurkan oleh bandar Hinokage-cho, Miyazaki, ini menjual produk tempatan terkenal kawasan tersebut iaitu pokok Chinese lantern. Terdapat lebih daripada 10 batang pokok Chinese lantern yang ditanam di sepanjang jalan ke kuil suci menjadikan kawasan persekitaran disinari dengan warna merah. Chinese lantern di Hinokage-cho ini lebih besar dan terdapat juga biji benihnya yang berdiameter hampir 10cm. Selain pameran barangan yang diperbuat daripada buluh dan produk unik tempatan (sebahagiannya untuk jualan), persembahan pentas Hinokage turut dipersembahkan di sini.

  • Asahijinja
    朝日神社
    • Address 6-7-14,Roppongi,Minato-ku, Tokyo,106-0032
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari