HOME Roppongi Pameran seni dan pameran lain di Tokyo yang pasti ingin dilawati!
HOME Asakusa Pameran seni dan pameran lain di Tokyo yang pasti ingin dilawati!
Pameran seni dan pameran lain di Tokyo yang pasti ingin dilawati!

Pameran seni dan pameran lain di Tokyo yang pasti ingin dilawati!

Update:

Pameran ini akan memperkenalkan budaya unik Jepun seperti "lukisan Edo" iaitu lukisan yang dihasilkan pada Zaman Edo, hantu-hantu di zaman dahulu, termasuk juga Cool Japan yang mewakili ninja. Anda juga boleh melihat hasil kerja artisan hebat yang mewakili Eropah yang turut dipamerkan di sini.

Pameran karya agung di Centre Pompidou

Pameran karya agung di Centre Pompidou

<11 Jun (Sabtu) hingga 22 September (Khamis dan Cuti Umum)>
Centre Pompidou yang terletak di kota Paris, terkenal dengan tempat yang penuh dengan koleksi karya agung yang moden dan kontemporari. Pameran ini akan mengesan garis masa 1906-1977 dengan memilih "satu karya oleh salah seorang artis bagi setiap tahun" dari koleksi Pompidou yang memberi tumpuan kepada abad ke-20 Perancis. Pameran ini mempamerkan koleksi karya terkemuka di dunia termasuk karya artis yang mewakili abad 20 seperti Chagall, Picasso dan Matisse serta karya-karya tidak terkenal oleh artis yang kurang dikenali di Jepun.
Henri Matisse "Bilik besar merah" 1948
Gambar: Bertrand Prevost - Pusat Pompidou, MNAM-CCI

  • Tokyo Metropolitan Art Museum
    • Address 8-36, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      7 minutes on foot
    • Phone Number 03-3823-6921

Emile Galle, ulang tahun ke-170

Emile Galle, ulang tahun ke-170

<Rabu 29 Jun (Rabu) hingga 28 Ogos (Ahad)>
Emile Galle dianggap sebagai salah seorang daripada kuasa-kuasa utama dalam pergerakan Art Nouveau Perancis yang tersebar di seluruh Eropah dari abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Pameran bertajuk "Dengan kerjasama khas dari Musee d'Orsay, Emile Galle, ulang tahun ke-170" akan memperkenalkan kira-kira 100 karya terbaik yang dipilih dan juga 20 hasil seni yang tidak pernah diumumkan di Jepun, dari koleksi Muzium Seni Suntory, salah sebuah muzium terbesar di Jepun. Selain itu, dengan kerjasama khas daripada Musee d'Orsay, ia akan turut memperkenalkan koleksi lukisan dan barangan kaca yang dipamerkan di Jepun buat pertama kali.

Binweed-shaped vase with moth design
Emile Gallé, 1900
Suntory Museum of Art
©Takeshi Fujimori

"The NINJA - Apakah itu Ninja!?"

"The NINJA - Apakah itu Ninja!?"

<2 Julai (Sabtu) hingga 10 Oktober (Isnin dan Cuti umum)>
Ninja adalah sangat popular di dunia. Pameran ini akan memperkenalkan keupayaan ninja dari sudut pandangan sains moden, dari segi kemahiran, kebolehan fizikal dan kebijaksanaan. Pameran ini akan mendedahkan keupayaan ninja dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, farmaseutikal, makanan, astronomi, meteorologi dan serbuk letupan, sains otak dan lain-lain dari pelbagai perspektif dengan kerjasama Universiti Mie.

  • National Museum of Emerging Science and Innovation(Miraikan)
    日本科学未来館
    • Address 2-3-6 Aomi, Koto-ku, Tokyo 135-0064

“Yokai in the Arts of Japan Exhibition - Terdapat pelbagai jenis yokai (makhluk jahat berkuasa ghaib) dari doguu (yokai daripada tanah liat) dari zaman Edo hingga ke siri anime popular terkini iaitu Yo-kai Watch ”

“Yokai in the Arts of Japan Exhibition - Terdapat pelbagai jenis yokai (makhluk jahat berkuasa ghaib) dari doguu (yokai daripada tanah liat) dari zaman Edo hingga ke siri anime popular terkini iaitu Yo-kai Watch ”

<5 Julai (Selasa) hingga 28 Ogos (Ahad)>
Yokai adalah makhluk jahat yang berkuasa ghaib yang menjadi fenomena yang melebihi pemahaman manusia, diturunkan dari zaman purba di Jepun. Pameran ini akan memperkenalkan yokai yang di sukai di Jepun dalam bentuk karya seni kelas pertama, termasuk khazanah negara dan aset kebudayaan yang penting. Di antaranya ialah lukisan yokai yang dihasilkan pada zaman Edo, doguu (yokai daripada tanah liat) yang dihasilkan pada era Jomon, lukisan gambaran neraka dari zaman Heian dan Kamakura serta skrol gambar pada zaman pertengahan.
Pameran anime yang popular terkini "Yo-kai Watch" juga wajib dilawati.

National treasure
Divine Insect of the Extermination of Evil
(Some of them)
Heian to Kamakura period, 12th century
Nara National Museum
Photo:Kosuke Sasaki
Exhibited from 5th July to 31th

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini