HOME Shinjuku "BEAMS JAPAN" Shinjuku kini dibuka!
"BEAMS JAPAN" Shinjuku kini dibuka!

"BEAMS JAPAN" Shinjuku kini dibuka!

Update: 18 Oktober 2016

"BEAMS JAPAN" kini dibuka! Kemudahan dengan konsep terkini yang semakin mendapat sambutan, menyediakan pelbagai produk yang hanya boleh didapati di Jepun seperti cenderamata, barangan fesyen, restoran dan sebagainya.

Pembukaan "BEAMS JAPAN"!

Pembukaan "BEAMS JAPAN"!

"BEAMS JAPAN" telah dibuka di Shinjuku pada 28 April (Khamis). Butik yang terdiri daripada aras bawah tanah hingga tingkat 4 ini menempatkan pelbagai barangan daripada pelbagai genre termasuklah makanan, alat tulis, fesyen, produk kolaborasi, kebudayaan, seni, kraf dan sebagainya. Dengan menggunakan kata kunci "Jepun", projek BEAMS "TEAM JAPAN" ini tertumpu kepada pengumpulan pelbagai barangan, restoran, kafe dan lain-lain.
Untuk akses, bangunan ini terletak berhampiran pintu keluar A2 dan A5, Stesen Tokyo Metro Shinjuku-sanchome. Perhatikan juga tanglung yang mempunyai lukisan simbol 47 wilayah di Jepun yang dipamerkan di pintu masuk bangunan!

Pertama sekali, mari melihat cenderamata!

Pertama sekali, mari melihat cenderamata!

Tingkat aras tanah menawarkan barangan jualan seperti kelengkapan dapur, makanan, barang kosmetik, cenderamata dan sebagainya. Barangan kayu yang menggambarkan perayaan dan kuil di Jepun serta pohon bonsai juga ada dipamerkan. Turut dijual ialah produk terpilih dari serata Jepun seperti kendama (permainan tradisional Jepun), terompah kayu, maneki-neko (patung kucing seolah-olah memanggil), kipas tangan, cawan teh dan sebagainya.

Seterusnya, fesyen dan seni

Seterusnya, fesyen dan seni

Tingkat 1 hingga tingkat 4 menempatkan pelbagai barangan fesyen dan kebudayaan daripada genre yang pelbagai seperti fesyen tradisional dan moden, budaya pop dan sebagainya. Pakaian jenama Jepun dan keluaran original Beams serta barangan "B JIRUSHI YOSHIDA" juga boleh didapati di sini.
Tingkat 3 mengumpulkan fesyen dan barangan bertemakan budaya pop di Jepun malah radio kaset lama (vintage boombox) turut dipamerkan. Tingkat 4 pula menempatkan barangan kraf Jepun seperti kokeshi (patung kayu Jepun) dan tembikar.

Tidak lupa juga, bir kraf (craft beer) dan makanan

Tidak lupa juga, bir kraf (craft beer) dan makanan

Terletak di aras bawah tanah ialah restoran "Craft Grill". Restoran di bawah pengurusan BEAMS dan Kundo Koyama ini menyediakan hidangan khusus bercirikan Jepun. Turut ditawarkan ialah bir kraf yang dikumpul dari seluruh Jepun serta "Nasi Kari 100 Tahun Shinjuku" oleh Hotel Nikko Kanaya. Harga untuk hidangan makan tengah hari bermula dari 1,800 JPY, manakala harga untuk hidangan pembuka selara makan malam bermula dari 1,000 JPY. Hidangan lain termasuklah makanan laut, pasta dan gril.
Tingkat aras tanah pula menempatkan kedai kopi "Sarutahiko Coffee". Menu yang disyorkan ialah kopi edisi terhad "Japan Blend".

Apakah itu Beams?

Apakah itu Beams?

Beams, kedai pilihan (select shop) yang juga terkenal di seluruh dunia. Menawarkan barangan seperti perabot, fesyen, kasut, aksesori, tempahan khas (custom-made) dan sebagainya, daripada pelbagai jenama termasuklah jenama sendiri. Selepas pembukaan kedai pertama di Harajuku pada tahun 1976, kedai ini terus berkembang mengikut peredaran zaman malah menjadi trend sehingga dianggap sebagai "Pencipta Gaya Hidup".

  • BEAMS JAPAN
    BEAMS JAPAN
    • Address Address 3-32-6, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini