Ryokan (rumah inap)

Ryokan (rumah inap)

Update: 23 Februari 2017

Di Jepun, sejak dahulu lagi tempat penginapan yang digelar “ryokan” terdapat di mana-mana dan mendapat sambutan.

Kebanyakannya di luar bandar atau pinggiran bandar

Kebanyakannya di luar bandar atau pinggiran bandar

Bilangan ryokan adalah sedikit di dalam bandar Tokyo, tetapi bilangannya adalah banyak di pinggiran Tokyo seperti di tempat percutian Onsen (kolam air panas semulajadi) seperti Hakone, Izu dan sebagainya. Selain itu, pelanggan pasti akan berasa gembira dengan budaya Jepun yang terserlah melalui penginapan di ryokan.

Nakai-san (Orang yang bertanggungjawab keatas pelanggan)

Nakai-san (Orang yang bertanggungjawab keatas pelanggan)

Salah satu kelebihan ryokan ialah adanya kakitangan perempuan yang dipanggil “nakai”. Mereka bertanggungjawab keatas segala perkhidmatan di sini termasuk menjaga setiap bilik, hingga masa check-out.

Bilik tetamu

Bilik tetamu

Kasut perlu ditanggalkan sebelum memasuki bilik. Anda boleh terus menjamu teh dan kuih yang disediakan diatas meja. Dari tingkap kelihatan keindahan 4 musim yang merupakan nikmat sebenar berada di ryokan.

Makanan

Makanan

Kebanyakkan ryokan menyediakan makan malam di setiap bilik. Makanannya terdiri dari hasil pengeluaran tempatan atau memilih makanan yang sedap mengikut musim. Sarapan pula kebanyakannya telah disediakan di tempat yang dikhaskan. Anda dinasihati pergi dalam waktu yang telah ditetapkan.

Tempat mandi dikongsi bersama

Tempat mandi dikongsi bersama

Di ryokan terdapat kolam mandi yang besar atau rotenburo dimana anda boleh menikmati pemandangan sekeliling sambil berendam di dalam kolam air panas yang selesa. Sila ambil perhatian kerana terdapat tempat yang melarang mandi dengan pakaian mandi atau orang yang mempunyai tattoo daripada memasukinya.

Semasa tidur gunakan futon (tilam nipis)

Semasa tidur gunakan futon (tilam nipis)

Di ryokan pada asasnya tiada katil, jadi gunakanlah peralatan tidur Jepun yang dipanggil “futon”. Nakai-san akan menghamparkan futon disetiap bilik selepas anda menjamu selera di dalam bilik dan jika anda makan di restoran dalam bangunan yang sama, Nakai-san akan menghamparkan futon ketika anda tiada di bilik,. Disamping itu, kebanyakan ryoka ada menyediakan pakaian tidur. Anda boleh memakai pakaian tersebut dan berjalan menggunakan selipar di dalam kawasan ryokan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini