Hotel

Hotel

Update: 19 Ogos 2016

Hotel merupakan salah satu kemudahan penginapan yang paling banyak digunakan. Artikel ini akan menghuraikan ciri-ciri dan cara menggunakan hotel di Jepun.

Hotel bandar

Merujuk kepada hotel besar yang terletak di pusat-pusat bandar. Hotel ini bukan sahaja digunakan untuk menginap, malah turut dikunjungi oleh kerana di dalamnya terdapat kemudahan-kemudahan seperti restoran makanan Jepun terkenal, lounge, bar, dan sebagainnya.

Hotel peranginan, hotel bisnes

Hotel bisnes membolehkan pengunjung menginap pada harga yang murah. Kebiasaannya hotel ini terletak berdekatan dengan stesen kereta api untuk memudahkan pergerakan. Manakala hotel peranginan pula menawarkan servis yang memanfaatkan kelebihan kawasan peranginan di mana ia terletak. Kebanyakannya menawarkan kemudahan santai seperti onsen (kolam air panas semulajadi) dan pemandangan yang cantik.

Hotel sebagai kemudahan kompleks

Sesetengah hotel bandar yang besar menawarkan kemudahan dewan perkahwinan. Melalui pelan perkahwinan, pihak hotel akan bertanggungjawab untuk menguruskan daripada kesemua persiapan perkahwinan kepada persembahan permintaan pelanggan. Selain daripada itu terdapat juga hotel yang menyediakan kemudahan kolam renang di mana ianya sangat terkenal di kalangan kanak-kanak.

Concept room

Menumpang populariti budaya pop di Jepun, terdapat juga penginapan yang menghiasi ruang dalaman bilik mereka dengan hiasan watak anime dan sebagainya, dinamakan "concept room". Terdapat pelbagai item original serta menu disediakan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini