Membuat pilihan yang bijak dengan mengetahui perbezaan! Jenis fasiliti penginapan di Jepun

Membuat pilihan yang bijak dengan mengetahui perbezaan! Jenis fasiliti penginapan di Jepun

Update: 22 Mac 2016

Ini merupakan pengenalan kepada ciri-ciri fasiliti penginapan di Jepun mengikut setiap jenis. Kita dapat membuat pilihan yang lebih sesuai, sekiranya kita tahu perbezaan ciri-ciri setiap jenis fasiliti penginapan.

Business hotel (hotel bajet)

Penginapan am ini biasanya terletak di kawasan pelancongan dan bandar. Jika anda mengikuti pelancongan pakej, kemungkinan besar anda akan tinggal di penginapan jenis ini. Business hotel di kawasan bandar mungkin lebih kecil daripada yang lain, namun perkhidmatan seperti pembersihan dan pertukaran cadar juga ikut serta. Kemudahannya ada konbini (kedai serbaneka) di berhampiran kawasannya.

Ryokan (rumah tumpangan ala Jepun)

Luaran ryokan mempunyai suasana tersendiri Jepun. Perkhidmatan setiap bilik ditugaskan kepada kakitangan wanita yang dipanggil 'nakai'. Ciri utama ryokan ialah layanan yang punuh keprihatinan, dan ini digambarkan dalam perkataan "omotenashi". Reka bentuk bilik juga menarik, dan biasanya teh dan manisan disediakan di bilik ala Jepun dengan tatami (tikar Jepun yang diperbuat daripada jerami).

Makan dan bilik mandi di ryokan

Keistimewaan di ryokan adalah makan dan mandi. Biasanya masakan tempatan yang menggunakan bahan makanan tempatan yang terbaik pada setiap musim dihidangkan. Dan kebanyakan ryokan mempunyai fasiliti daiyokujo (bilik mandi besar) awam atau rotenburo (kolam mandi terbuka). Anda boleh memakai yukata yang disediakan di bilik ketika pergi ke bilik mandi.

Rumah tetamu

Kurang bilangan bilik daripada ryokan, dan fasilitinya sederhana. Kebanyakannya dioperasikan oleh sebuah keluarga, dan dapat berkomunikasi dengan para kakitangan dengan bebas. Makanan pula, biasanya menggunakan bahan makanan daripada petani atau nelayan tempatan, dan ramai orang datang untuk menikmati hidangan tempatan tersebut.

Hotel kapsul

Hotel yang disukai oleh orang yang ingin berjimat kos penginapan. Seperti namanya, hotel ini merupakan fasiliti penginapan sederhana yang menggunakan katil bentuk kapsul. Biasanya tempat peribadi adalah hanya katil sahaja, dan tiada kunci baginya. Tetapi, ada juga fasiliti seperti kedai sauna atau mandi awam yang beroperasi 24 jam di berhampiran kawasannya. Semakin ramai pelanggan wanita menggunakannya sejak kebelakangan ini.

Layanan yang sangat baik

Walaupun jenis fasiliti berbeza-beza, layanan fasiliti penginapan di Jepun mesra, dan melayani anda tengan penuh keprihatinan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini