Pusat beli-belah outlet

Pusat beli-belah outlet

Update: 22 Mac 2016

Terdapat banyak pusat beli-belah outlet di Jepun, ramai yang berkunjung ke sini tidak kira orang luar atau dalam negara.

Pusat beli-belah outlet yang hanya terdapat di Jepun

Pusat beli-belah outlet banyak terletak di kawasan pinggiran bandar. Kawasan tanah yang luas membolehkan fasiliti yang besar dibangunkan. Antara lain ciri-cirinya adalah barangan berjenama dapat dibeli dengan harga yang murah, mesra pelanggan dan kedai yang cantik.

Membeli barangan dengan harga yang murah dan berkualiti

Kebanyakan barangan adalah lebih murah dari separuh harga pusat beli-belah biasa. Oleh kerana terdapat banyak barangan berjenama Jepun dan ditambah pula dengan barangan berjenama terkenal, pelanggan boleh membeli barangan yang berkualiti tinggi.

Kawasan kedai makan yang lengkap

Banyak kedai makan disediakan di sini. Daripada makanan ringan sehingga kedai makan terkenal, kawasan kedai makan ini sentiasa sesak dengan pelanggan. Kawasan ini boleh digunakan untuk makan dan rehat.

Bas pelancongan

Bagi yang tidak mempunyai kenderaan, ia agak sukar untuk pergi, oleh kerana ia terletak di kawasan pinggiran bandar. Bagi golongan seperti ini, bas pelancongan disediakan. Tujuan utama semestinya adalah menikmati lawatan di kawasan sekitarnya, dan anggap membeli-belah di outlet adalah sekadar aktiviti sampingan . Antara daya tarikan bas pelancongan ini adalah harganya yang murah walaupun kandungan aktiviti yang disusun sangat bagus.

Gotemba Premium Outlet

"Gotemba Premium Outlet" yang terletak di Shizuoka merupakan pusat beli-belah outlet yang terbesar di Jepun. Ramai pelanggan berkunjung setiap hari.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini