Kedai serbaneka (Convenience store)

Kedai serbaneka (Convenience store)

Update: 22 Mac 2016

Jika berjalan sedikit, semestinya terdapat kedai serbaneka. Pengenalan mengenai kepelbagaian barangan yang diletakkan serta kemudahan yang berguna di situ akan diberikan.

Apa itu kedai serbaneka?

Di kedai serbaneka, terdapat pelbagai jenis barangan bermula dengan barangan makanan sehingga kepada pelbagai jenis arak, barangan keperluan harian, buku serta rokok. Di bandar besar kebanyakannya beroperasi 24 jam.

Pelbagai variasi Obento

Tumpuan utama di kedai serbaneka adalah Obento (makanan berbentuk bekal jenis Jepun) dan Ososai (lauk). Bermula dengan makanan ringan seperti Onigiri (nasi kepal yang dibalut dengan rumpai laut), terdapat juga masakan ala Jepun dan Barat. Pada masa yang sama, barangan baru dan barangan terhad mengikut musim juga dijual, membuatkan pelanggan tidak berasa jemu. Makanan juga akan dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro jika pelanggan memintanya.

Terdapat juga sudut untuk makan di dalam kedai (Eat in Corner)

Selain daripada pelbagai jenis Obento, makanan snek seperti kentang goreng dan frankfrut (makanan yang diproses) turut dijual. Ia sentiasa dipanaskan di bekas kaca yang terletak di tepi kaunter pembayaran, membolehkan pelanggan sentiasa dapat makan makanan yang panas. Pada masa yang sama, terdapat juga barangan terhad untuk musim sejuk dan bau menyelerakan tersebar ke seluruh kedai. Terdapat juga kedai yang menyediakan ruangan untuk makan di dalam kedai, yang boleh digunakan dengan bebas.

Kemudahan yang berguna untuk pelancong luar negara

Kebanyakan kedai serbaneka membolehkan pembayaran tiket kapal terbang dibuat di situ. Setelah tempahan tiket dibuat melalui internet, dapatkan slip di mesin yang diletakkan di kedai serbaneka. Kemudian bawa slip itu ke kaunter bayaran, dan pembayaran boleh dibuat di situ. Kemudahan ini sangat berguna kerana setelah selesai pembayaran, boleh terus pergi ke lapangan terbang. Selain itu, pembayaran tiket bas lebuh raya serta pengangkutan lain juga boleh dibuat di kedai serbaneka.

ATM kedai serbaneka yang berguna untuk pelancong luar negara

Di kebanyakkan kedai serbaneka, terdapat mesin ATM yang membolehkan wang tunai dikeluarkan. Kemudahan mesin ATM yang berguna kepada pelancong luar negara adalah mungkin mesin ATM Bank Seven yang terdapat di kedai Seven Eleven. Ia membolehkan pengeluaran wang tunai dalam Yen Jepun menggunakan kad tunai (cash card) serta kad kredit yang dikeluarkan di luar negara. Terdapat bunyi dan paparan skrin dalam bahasa Inggeris, bahasa Korea, bahasa Cina, bahasa Portugal dan boleh digunakan 24 jam.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini