Kedai barangan elektronik

Kedai barangan elektronik

Update: 22 Mac 2016

Artikel ini akan memperkenalkan tentang kedai barangan elektronik, kedai di mana pengunjung dapat membuat perbandingan dan meneliti barangan elektronik daripada pelbagai jenama.

Apakah itu kedai barangan elektronik?

Kedai sebegini menjual barangan daripada pelbagai jenama di tingkat yang sama. Bandar-bandar utama seperti Akihabara dan Shinjuku mempunyai beberapa kedai barangan elektronik di hadapan stesen kereta api, dan ianya sangat popular di kalangan pelancong asing.

Sejarah kedai barangan elektronik

Ianya bermula daripada penambahbesaran kedai jualan alat audio yang terletak di bandar elektrik (bandar yang tertumpu kepada penjualan barangan elektronik). Pada tahun 1980-an kedai-kedai ini mula menempatkan pelbagai barangan elektrik, dan pada tahun 1990-an cawangan kedai yang menjual barangan elektronik mula dibuka.

Kepelbagaian pilihan

Di sini terdapat pelbagai pilihan barangan elektronik seperti televisyen dan komputer, alat elektronik untuk kecantikan, telefon bimbit, dan sebagainya. Kepelbagaian pilihan barangan inilah yang menjadi sebab ia digemari pengunjung.

Pekerja yang berpengetahuan luas

Pekerja di sini mempunyai pengetahuan yang luas mengenai perbezaan di antara jenama serta maklumat terbaru berkenaan barangan elektronik. Terdapat sesetengah kedai yang boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa juga, jadi pengunjung luar biasanya dapat membuat pertanyaan dalam bahasa sendiri.

Kedai barangan elektronik masa kini

Kedai "Tsutaya Kaden" yang terletak di dalam bangunan perniagaan di Futakotamagawa baru dibuka dengan matlamat untuk menjadi kedai barangan elektronik yang selesa. Hiasan luaran dan dalamannya diberi keutamaan, serta barangan jualannya juga terdiri daripada barangan baharu dengan reka bentuk elegan. Di dalam kedai ini juga terdapat kafe di mana pengunjung boleh meluangkan masa mereka dengan selesa.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini