Peringatan dan cara menggunakan kad kredit di Jepun.

Peringatan dan cara menggunakan kad kredit di Jepun.

Update:

Anda perlu membuat pengesahan terlebih dahulu jika ingin menyelesaikan pembayaran dengan menggunakan kad kredit semasa melawat Jepun. Sesetengah kedai tidak menerima penggunaan kad dan terdapat tempat yang mempunyai had masa.

Peringatan ketika di kedai makan.

Bagi anda yang berhasrat untuk membuat pembayaran dengan kad kredit ketika makan di kedai, anda perlu pastikan terlebih dahulu sama ada kedai tersebut boleh menggunakan kad atau tidak. Banyak kedai yang boleh menggunakan kad seperti yang tercatat pada buku panduan pelancong iaitu ryoutei (restoran Jepun) dan restoran berskala besar, namun masih banyak kedai kecil yang tidak menerima bayaran dengan kad kredit.

Cara mengetahui sama ada kad boleh digunakan atau tidak

Semasa ingin memastikan terlebih dahulu sama ada kad boleh digunakan atau tidak, salah satu caranya adalah dengan berpandukan laman web "Gurunavi" yang memperkenalkan kedai makan. Selain daripada maklumat sama ada boleh menggunakan kad atau tidak, maklumat berkenaan jenis kad yang boleh digunakan juga dipaparkan. Ketika melangkah masuk ke dalam kedai, cara paling mudah adalah dengan memeriksa pelekat syarikat kredit yang ditampal pada kaunter. Bergantung pada kad sesuatu syarikat, oleh kerana ada yang boleh digunakan dan ada yang tidak boleh digunakan, perkara tersebut juga perlu dipastikan terlebih dahulu. Terdapat juga kedai lama masakan Jepun yang tidak mempunyai kaunter untuk meletakkan wang bayaran. Anda perlu bertanya secara terus kepada pekerja kedai tersebut. Semasa masuk ke dalam kedai yang memerlukan kupon makanan dibeli, bayaran hendaklah dilakukan dengan wang tunai sahaja.

Situasi di mana kad tidak boleh digunakan hanya ketika makan tengahari

Terdapat juga kedai yang meletakkan had masa. Banyak juga kedai yang tidak boleh menggunakan kad terutamanya ketika beroperasi pada waktu makan tengahari. Oleh kerana harga makan tengahari jauh lebih murah berbanding pada waktu malam, ada pendapat di Jepun mengatakan bahawa wang tunai yang dibawa adalah cukup.

Situasi di mana kad tidak boleh digunakan untuk penginapan.

Anda perlu membuat pengesahan terlebih dahulu dengan pihak tempat penginapan anda. Kebiasaannya bayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad di kebanyakan hotel tetapi di sesetengah ryokan (rumah tumpangan ala Jepun), kad tidak boleh digunakan. Mencari pemilik individu yang bekerja sebagai pengurus di "minshuku (rumah tumpangan)" yang boleh menggunakan kad adalah sukar. Oleh yang demikian, anda boleh melakukan pembayaran atas talian dengan menggunakan kad kredit semasa membuat tempahan melalui laman tempahan penginapan.

Penggunaan kad untuk pengangkutan awam

Kesemua kenderaan teksi boleh menggunakan kad. Anda boleh bertanya kepada pemandu terlebih dahulu sekiranya terdapat keraguan.Tidak boleh digunakan ketika menaiki bas dan keretapi.

Anda perlu membuat pengesahan di tempat beli-belah yang lain

Tidak kira di mana-mana tempat beli-belah sekalipun, anda harus membawa wang yang banyak ketika melancong ke Jepun. Kad boleh digunakan di cawangan kedai yang menjual pakaian dan juga farmasi tetapi tidak di kedai milik perseorangan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini