Mesin jualan automatik

Mesin jualan automatik

Update:

Saya akan memperkenalkan mesin jualan automatik yang terdapat di sekitar Jepun.

Mesin jualan automatik di Jepun

Oleh kerana terdapat banyak mesin jualan automatik di dalam kawasan bandar yang menjual minuman ringan seperti ocha (minuman teh hijau) dan air jus, ianya lebih mudah dijumpai berbanding kombini (kedai serbaneka). Selain daripada air minuman yang sejuk, air kopi panas dan ocha, terdapat juga mesin jualan automatik yang menjual aiskrim dan roti.

Mesin jualan automatik "minuman beralkohol"

Walaupun mesin jualan automatik yang menjual minuman beralkohol tidak banyak berbanding dengan minuman ringan, mesin sebegini biasanya ada disediakan di hadapan kedai arak atau di suatu sudut dalam kawasan. Tetapi kebanyakannya tidak boleh digunakan selepas jam 11 malam.

Mesin jualan automatik "mainan kapsul"

Mesin jualan automatik yang menjual mainan kapsul "gacha gacha" boleh dibeli dengan harga beberapa ratus yen dan sangat popular di kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Barang mainan karakter comel itu boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Ia dibuat secara teliti dan sesuai dijadikan sebagai cenderamata.

Mesin jualan automatik "rokok"

IC kad "taspo" yang dapat mengenalpasti umur seseorang diperlukan untuk membeli rokok di mesin jualan automatik. taspo tidak dikeluarkan untuk para pelancong, jadi ia perlu dibeli di kombini atau kedai khas yang menjual rokok semasa berada di Jepun. Sejak kebelakangan ini, oleh kerana pengasingan kawasan merokok juga semakin bertambah di Jepun, anda perlu menjaga adab semasa menghisap rokok dan berada di tempat yang sepatutnya.

Sila sediakan duit syiling

Kebanyakan mesin jualan automatik biasanya menggunakan duit syiling. Selepas mengambil duit baki, kenal pasti duit syiling 10 JPY dan 100 JPY sebelum disimpan di dalam dompet anda.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini