Restoran keluarga

Restoran keluarga

Update: 22 Mac 2016

Memperkenalkan restoran keluarga di seluruh Jepun yang dikenali oleh setiap golongan.

Ciri-ciri "famiresu (restoran keluarga)"

"Famiresu" adalah singkatan bagi Family Restaurant iaitu restoran yang mempunyai pelbagai hidangan dan menyediakannya dengan cepat. Oleh kerana terdapat banyak cawangan restoran yang meluas di seluruh negara, di mana-mana anda pergi dijamin mempunyai rasa yang sama. Banyak kedai yang beroperasi selama 24 jam dan sering penuh sesak dengan pelanggan sehingga lewat malam.

Menu klasik masakan ala Jepun dan Barat

Restoraan keluarga menawarkan harga yang murah dengan kualiti yang tinggi dan jumlah yang banyak. Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan oleh golongan daripada pelajar sekolah menengah rendah sehingga keluarga. Ia mempunyai ciri di mana kebanyakan menunya adalah makanan gaya Jepun dan Barat yang telah bercampur-aduk.

Menu istimewa

Selain daripada menu asas, terdapat juga masakan yang terhad mengikut musim. Masakan tersebut popular dan boleh dimakan di awal musim. Penambahbaikan kedai dapat dilihat menerusi menu yang berubah untuk setiap aktiviti. Di samping itu, terdapat "set kanak-kanak" untuk kanak-kanak kecil yang disertakan dengan mainan.

Tujuan penggunaan restoran keluarga

Terdapat pelbagai cara penggunaan restoran. Selain sesuai sebagai tempat untuk membawa keluarga, ramai pelanggan yang mengulangkaji pelajaran atau membaca buku selepas makan. Ia juga dijadikan sebagai tempat rundingan bagi jurujual. Ruang legar yang selesa juga menjadi daya tarikan.

Bar minuman

Kebanyakan kedai mempunyai sitem bar minuman. Anda boleh minum tanpa had dengan kadar bayaran tetap. Pelanggan membawa cawan masing-masing dan memilih minuman yang disukai daripada bekas air minuman. Ia berkonsep layan diri.

Bufet sarapan

Terdapat juga kedai yang menyediakan bufet sarapan. Ia banyak di hotel-hotel tetapi sangat jarang bagi restoran keluarga dan popular kerana harganya yang murah.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini