Makanan segera

Makanan segera

Update: 10 April 2017

Makanan segera (Fast food) mempunyai maksud yang sama dalam Bahasa jepun dan Bahasa Inggeris, iaitu makanan yang dapat disediakan dengan cepat. Kebanyakannya boleh dinikmati dalam harga bawah dari 1000 yen.
Walaupun makanan seperti McDonald dan lain-lain terkenal di seluruh dunia, di sini akan memperkenalkan tentang makanan segera Jepun.

Sejarah makanan segera di Jepun

Sejarah makanan segera di Jepun

Jika diimbas kembali sejarah terdahulu, dikatakan bahawa permulaan makanan segera bermula daripada "sushi", "soba" dan "tempura". Pada zaman Edo, terdapat ramai samurai yang telah berhijrah ke Edo meninggalkan isteri dan anak-anak di kampung halaman berikutan sistem sankin-kotai (pertukaran residen daimyo di Edo) yang wujud pada masa itu. Dikatakan bahawa kewujudan kedai makan yang murah dan mudah untuk dimakan itu bertujuan untuk memberi kemudahan kepada golongan lelaki yang berhijrah bersendirian dari seluruh pelosok tempat. Selepas perang dunia kedua, berlaku kemasukan makanan segera gaya Amerika ke Jepun pada tahun 1970-an dan sejak itu nama "makanan segera" sering digunapakai sehingga kini.

Gyudon (beef bowl)

Gyudon (beef bowl)

Gyudon ialah nasi yang dimasukkan ke dalam mangkuk dan di atasnya diletakkan daging dan bawang serta bahan-bahan lain. Selain gyudon, terdapat juga tondon yang secara asasnya terdiri daripada bawang dan daging yang direbus dengan kicap dan gula. Selain itu, terdapat pelbagai variasi seperti natto dan telur, keju dan sebagainya.
Ada pelbagai rangkaian kedai gyudon dimana setiap syarikat mempunyai pelbagai menu mereka yang tersendiri.

Udon dan soba yang dimakan sambil berdiri

Udon dan soba yang dimakan sambil berdiri

Kedai yang dipanggil "tachigui-udon" (udon dimakan sambil berdiri) dan "tachigui-soba" (soba dimakan sambil berdiri) sering kelihatan di kawasan stesen di Jepun. Kedai ini tiada kerusi dan cuma ada meja kaunter yang panjang, dimana pelanggan makan dengan berdiri. Ia juga dikatakan berasal dari gerai pada zaman Edo dan boleh didapati di tempat-tempat seperti dalam kawasan stesen, kawasan perkhidmatan lebuh raya, stadium besbol dan gelanggang lumba kuda. Terdapat mesin jualan automatik dengan menu yang ditulis di pintu masuk dan anda perlu membeli tiket makan terlebih dahulu kemudian diserahkan kepada pekerja kedai tersebut.

Ramen

Ramen

Seperti Udon dan Soba, Ramen adalah satu makanan dimana ia pantas dihidangkan. Mana-mana di Jepun banyak kedai Ramen dan setiap kedai mempunyai jenis Ramen yang tersendiri, dari rasa supnya hinggalah ketebalan mee. Malah setiap kawasan mempunyai ciri ciri supnya sendiri, contohnya di Hokkaido mengunakan sup Miso (diperbuat dari kacang soya), Tokyo pula mengunakan kicap soya dan Kyusyu mengunakan Tonkotsu (Sup Babi). Biasanya kedai Ramen yang popular perlu berbaris dengan masa yang lama sebelum dapat masuk kedalam.

Bento dan Onigiri

Bento dan Onigiri

Bento ialah sebuah kotak dimana didalamnya mempunyai beberapa ruangan berbeza yang diisi dengan nasi dan pelbagai lauk-pauk. Onigiri ialah nasi yang dimasukkan bahan dan perisa, lalu dikepal menjadi bentuk segitiga atau sfera. Pada asalnya ia dibuat di rumah sebagai bekal makanan mudah untuk dimakan di luar. Pada masa kini, ia juga dijual di kedai serbaneka dan kedai bento

Kaiten-sushi

Kaiten sushi ialah dimana sushi diletakkan dalam pinggan kecil dan diletakkan atas belt conveyor yang berpusing, dan pelanggan dapat mengambil mana mana sushi yang mahu dimakan. Kedai seperti ini bermula di Osaka pada tahun 1950-an. Harga lebih kurang 100 yen. Selain daripada Sushi, mereka juga menjual makanan bergoreng, sup Miso dan pencuci mulut, menjadikannya tempat popular untuk membawa keluarga sekali.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini