Hiburan

Hiburan

Update:

Memperkenalkan hiburan Jepun yang diwarisi sejak dahulu kala seperti rakugo, manzai dan sebagainya serta hiburan terkini di Jepun.

Rakugo (seni bercerita)

Ciri-ciri rakugo ialah penceritaan berdasarkan kehidupan penduduk bandar yang berunsur lucu dan berakhir dengan "ochi" (bahagian yang paling melucukan). Pencerita rakugo akan duduk di atas kusyen nipis berseorangan dan memainkan watak 2 orang atau lebih dengan mengubahsuai nada suara dan sebagainya. Beliau juga menggunakan sensu (kipas lipat), sapu tangan dan sebagainya sebagai alat bantu serbaguna.

Manzai (seni melawak)

Manzai biasanya dilakukan oleh 2 orang yang menceritakan cerita lucu dan janggal di atas pentas. Keistimewaan manzai ialah peranannya yang terbahagi kepada "boke" (si bodoh) dan "tsukkomi" (si cerdik). Sama seperti rakugo, penceritaan manzai juga akan diakhiri dengan ochi.

Anime

Anime legenda Jepun dan manga (komik) merupakan hiburan yang mengalami perkembangan yang menjadi kebanggaan dunia. Persembahan pelakon suara secara langsung mendapat perhatian negara-negara di seluruh dunia, manakala pesta anime dan manga juga mendapat sambutan hangat di kalangan warga asing. Akihabara yang merupakan tempat suci anime dan manga seringkali menjadi tumpuan pelancong asing.

Idola

Terdapat pelbagai kumpulan idola di Jepun. Persembahan dari kumpulan idola dan tindak balas dari peminat merupakan salah satu bentuk hiburan yang dapat dinikmati ketika persembahan secara langsung diadakan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini