Kari Jepun

Kari Jepun

Update:

Kari yang sering dimakan di Jepun adalah popular dengan kanak-kanak mahupun orang dewasa dan merupakan masakan ruji yang sering kali dihidangkan di atas meja makan seisi keluarga.

Dari manakah datangnya kari Jepun?

Asal usul kari Jepun adalah daripada Britain. Suatu masa dahulu, orang Inggeris telah membawa pulang ke negara mereka masakan India daripada negara tersebut yang merupakan tanah jajahan Britain. Mereka telah menambahbaikkan kari tersebut mengikut kehendak mereka dan dari situlah lahirnya kari gaya Inggeris. Pada zaman Meiji, bersama-sama dengan penyebaran budaya barat, masakan kari juga telah disampaikan ke Jepun. Selepas itu, mereka telah melakukan pengubahsuaian mengikut citarasa Jepun sendiri. Menuangkan kuah kari ke atas nasi adalah pemakanan lazim kari Jepun.

Kari Jepun yang mudah untuk disediakan di rumah

Stok pepejal kari telah tersedia dijual. Kari Jepun boleh disediakan dengan mudah. Selepas menggoreng kilas bahan-bahan masakan, anda hanya perlu masukkan air dan stok kari, dan biarkan ia direneh . Sebarang bahan masakan adalah sesuai dengan kari ini. Anda boleh mencampurkan beberapa jenis stok kari dan juga memasukkan ramuan rahsia tersendiri. Sebab itu, bergantung kapada anda, cara untuk menyediakan kari adalah pelbagai. Waktu anda ingin makan dengan segera, ada cara yang lebih mudah untuk menyediakan kari, iaitu dengan menggunakan kari di dalam pek. Anda tidak perlu menyediakan apa-apa bahan langsung. Anda boleh menyediakan kari anda dengan menggunakan air panas atau ketuhar gelombang mikro selama beberapa minit sahaja.

Tsukemono (Acar atau jeruk) yang wajib ada bersama kari Jepun

Nasi kari Jepun disertai 7 jenis sayur tsukemono yang dipanggil "Fukujinzuke (Fukujin berasal daripada kisah tujuh dewa-dewi membawa tuah dan zuke berasal daripada tsukemono)". Ketika kari dibawa ke Jepun, jeruk asal ala India yang disertakan tidak menepati citarasa orang Jepun. Kerana Fukujinzuke yang disertakan bersama kari Jepun mendapat impak yang positif, gabungan ini telah menjadi kebiasaan.

Cubalah juga pelbagai jenis kari tempatan

Sepertimana yang ada di seluruh Jepun dimana bagi tujuan pambangunan tempatan, kawasan tersebut terdapat suatu masakan yang istimewa, kari juga termasuk dalam salah satu makanan istimewa tersebut. Sup kari Bandar Sapporo, Hokkaido sekarang telah menjadi masakan popular yang dihidangkan di restoran bukan sahaja di tempat asalnya tetapi di seluruh Jepun.

Terdapat banyak juga masakan yang digubah bersama kari

Selain daripada nasi kari terdapat juga doria di mana kari dan keju diletakkan bersama dan dibakar di dalam oven, udon kari di mana mi udon dimakan bersama kari dan juga roti kari yang menjadikan kari sebagai inti.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini