Bento (makanan bekal)

Bento (makanan bekal)

Update: 25 Mei 2017

Memperkenalkan "bento", makanan yang mudah dibawa, diisi dengan nasi dan pelbagai hidangan sampingan berwarna-warni dalam satu bekas. Di Jepun, bento yang dibuat di rumah akan dimakan di sekolah atau tempat kerja semasa waktu rehat tengahari dan bento juga ada dijual di supermarket atau kedai serbaneka.

Permulaan bento

Permulaan bento

Asal bento ialah nasi yang telah masak dikeringkan atau nasi kepal yang dipanggil "onigiri". Pada zaman kemiskinan Jepun, terdapat juga bento yang hanya diisi dengan nasi dan jeruk ume tanpa hidangan sampingan lain. Kemudian ia semakin berubah menjadi bento yang tampak cantik dan kaya dengan nutrisi yang seimbang.

Bento keluarga di Jepun

Bento keluarga di Jepun

Di Jepun, kebanyakan ibu-ibu menyediakan bento untuk anak-anak mereka. Jika terdapat acara tertentu, bento juga akan dibuat dengan mewah dengan tambahan lauk dan kuantiti sebagai tambahan kepada menu harian. Kebelakangan ini, terdapat golongan ibu yang membuat bento yang rumit seperti bentuk watak tertentu untuk menggembirakan anak-anak.
Kini terdapat pelbagai jenis kotak bento di pasaran. Rekaan yang lebih menitik beratkan kesesuaian bagi golongan wanita, boleh memuatkan buah-buahan, boleh mengekalkan suhu yang dikehendaki dan sebagainya boleh dipilih berdasarkan kegunaan.

“Ekiben (bento yang dijual di stesen kereta api)” yang membuka selera pelancong

“Ekiben (bento yang dijual di stesen kereta api)” yang membuka selera pelancong

Ekiben merupakan bento yang dijual di stesen kereta api atau dalam kereta api untuk dijamah di dalam kereta api. Kebiasaannya, ekiben diisi dengan hidangan yang menggunakan hasil setempat yang terkenal di kawasan tersebut. Sebelum ini, terdapat jurujual wanita yang menjual bento di stesen, tetapi kini ia dijual di kaunter atau kedai seperti kiosk di dalam stesen kereta api.

Tempat penjualan bento di Jepun

Tempat penjualan bento di Jepun

Di Jepun, bento dapat dibeli dengan mudah di pasar raya, kedai serbaneka dan lain-lain. Bento komersial telah diubahsuai dengan pelbagai cara supaya dapat dinikmati dengan lazat walaupun dalam keadaan sejuk. Selain itu, terdapat juga kedai yang membuat bento selepas menerima tempahan, kedai seperti ini mendapat permintaan yang tinggi di pusat bandar.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini