“Gozen” dan “Teishoku” (hidangan set)

“Gozen” dan “Teishoku” (hidangan set)

Update:

"Gozen” dan “Teishoku” adalah menu set yang terdiri daripada makanan ruji masyarakat Jepun iaitu nasi, hidangan utama berserta sup, jeruk, dan juga hidangan sampingan lain.

“Ichi jyu san sai” asas makanan Jepun

Secara asasnya makanan Jepun dikatakan “Ichi jyu san sai”. Ianya menunjukkan gabungan daripada hidangan “ nasi , sup, hidangan lauk utama, dan 2 hidangan sampingan”. Ia juga menggunakan banyak bahan makanan, dan mempunyai khasiat yang seimbang. Walaupun secara asasnya makanan set bagi hidangan jepun adalah “Ichi jyu san sai”, tetapi terdapat juga keadaan makanan set jepun terdiri daripada nasi berserta sup, dan satu hidangan lauk utama. Selain itu, hidangan sampingan terdiri daripada 3 set yang cantik, dan ada juga berserta dengan hidangan pencuci mulut dan juga minuman.

Hidangan lauk utama

Dalam makanan set, apa sahaja makanan yang bersesuaian dimakan dengan nasi boleh dijadikan hidangan lauk utama. Bahan makanan yang paling banyak digunakan adalah seperti daging dan ikan. Ikan bakar, daging bakar, tempura, dan “sasyimi” (makanan mentah) juga adalah lauk utama bagi makanan set. Disamping itu, terdapat juga menu lain yang dijadikan hidangan utama selain daripada masakan jepun, seperti hamburger, masakan bergoreng barat, masakan bergoreng Cina dan sebagainya.

“Miso sup” dan “osuimono” (sup berkuah dalam bahasa Jepun)

Makanan berkuah di dalam masakan jepun adalah seperti “miso sup” dan “osuimono”. “Osuimono” adalah sup yang direneh di dalam air mendidih menggunakan ekstrak daripada “kombu” (rumpai laut) dan “katsuo” (ikan tongkol) yang telah dikeringkan. Manakala di dalam “miso sup” pula direnehkan “miso” iaitu pes yang diperbuat daripada kacang soya melalui proses penapaian. Bahan-bahan yang biasa digunakan pula adalah seperti rumpai laut, tauhu, dan sayur-sayuran.

Hidangan sampingan

Oleh kerana hidangan sampingan adalah bertujuan untuk mengimbangi khasiat pemakanan, maka sayur-sayuran adalah menu yang sering digunakan. Contohnya seperti sayur bayam berserta dengan pes bijan, dan juga sayuran “burdock” dan lobak merah yang digoreng pedas atau manis dan sebagainya.

Tempat dan masa yang boleh dimakan

Tempat yang boleh dimakan adalah melalui hidangan menu tengah hari seperti di restoran, “izakaya” (tempat bersantai yang menyediakan minuman beralkohol), dan “kissaten” (kedai kopi Jepun). Di pusat bandar, terdapat juga kedai khusus hidangan set yang menyajikan hidangan set lengkap sepanjang hari.

Adab

“Makan segitiga” iaitu nasi, hidangan utama, dan hidangan sampingan dimakan sikit demi sedikit secara sama rata adalah dikatakan cara pemakanan yang baik. Penyepit pula digunakan dengan menyepit secubit makanan dan bukanlah menyocok seperti menggunakan garpu. Manakala, bagi nasi dan sup dimakan dengan memegang bekas makanan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini