Masakan dari Okinawa

Masakan dari Okinawa

Update: 18 November 2016

Okinawa terletak di bahagian barat daya Jepun, dan merupakan kawasan yang paling barat. Makanan tempatan dari sana juga amat terkenal di seluruh Jepun.

Pengaruh dari luar negara

Masakan Okinawa dipengaruhi oleh unsur-unsur dari China dan Asia Tenggara kerana terdapat jalinan perhubungan antara mereka dalam sejarah. Selain itu, melalui perkembangan pemerintahan tentera Amerika pula, terdapat juga masakan yang mempunyai ciri-ciri budaya Amerika Utara. "Taco rice" adalah nasi yang dimakan bersama-sama dengan salad dan tomato segar serta daging cincang dan keju yang ditambah perasa pedas.

Makanan berasaskan daging dari Okinawa

Masakan Okinawa banyak menggunakan daging babi yang kaya dengan vitamin B1 yang amat baik untuk menurunkan suhu panas. Ini amat wajar dengan suhu di Okinawa yang tinggi yang boleh menyebabkan selera makan hilang dengan mudah. "So-ki" pula adalah daging rusuk babi yang dididih dengan masa yang lama untuk mendapat daging yang lembut.

Keunikan makanan sampingan dari Okinawa

"Umi budou (rumpai laut anggur)" adalah bahan berharga yang hanya boleh didapati dari laut Okinawa. Teksturnya yang lembut seperti gelembung berbalut pasti menjadi kegemaran. Untuk menikmati dengan rangup pula, anda boleh mencuba "mimiga", sejenis masakan yang menggunakan kulit telinga babi. "Shima rakyou (bawang pulau)" pula merupakan sejenis sayuran yang mempunyai aroma dan rasa pedas yang kuat. Ia juga amat sedap dimakan dengan tempura (makanan yang digoreng dengan tepung).

Kedai masakan Okinawa yang boleh didapati di Tokyo

Kedai masakan Okinawa juga semakin banyak di setiap negeri. Kebanyakan kedai tersebut mempunyai reka bentuk yang menyerupai rumah tradisional di Okinawa. Keunikan kedai ini adalah menjamu selera sambil berpeluang beramah mesra dengan penduduk di sini dan menikmati persembahan menarik. Anda pasti terasa seperti ingin ke Okinawa pula.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini