Masakan tofu (tauhu) dan yuba (tauhu kering)

Masakan tofu (tauhu) dan yuba (tauhu kering)

Update:

Ia dikatakan berkesan untuk diet dan sangat popular di kalangan orang yang mementingkan kesihatan. Di sini diperkenalkan cara memasaknya.

Apakah itu tauhu dan tauhu kering?

Tauhu adalah air perahan kacang soya pahit yang dipadatkan dengan menggunakan bahan pembeku. Terdapat 2 jenis tauhu iaitu "momendofu" yang mampat dan rasa yang kuat manakala "kinugoshidofu" mempunyai permukaan yang licin. Tauhu kering adalah lapisan permukaan yang diambil dengan penyepit dan lidi yang terhasil di atas permukaan ketika kacang soya dipanaskan.

Masakan tauhu

Bahan perasa dan shoyu (kicap) dituang ke atas tauhu mentah dan dimakan sejuk. Terdapat juga tauhu yang dimakan panas di mana tauhu dan sayur diletakkan di dalam sup panas. Rasai menu seperti ini yang dihidangkan di izakaya.

Masakan tauhu kering

Masakan tauhu kering sering digunakan sebagai hidangan vegetarian penganut agama Buddha yang dilarang daripada memakan daging. Tauhu kering mentah dimakan begitu sahaja, digoreng dalam sehingga menjadi warna perang keemasan atau dimakan sebagai salad bersama-sama sayur mentah dan daging ham mentah.

Kedai khusus

Di Jepun terdapat banyak kedai makanan khusus yang menyediakan hidangan tauhu dan tauhu kering. Terdapat kedai tauhu "Futaba" yang telah lama wujud hampir 100 tahun di Ningyo-cho, Tokyo, anda boleh menikmati tauhu bersama-sama sake Jepun yang telah dipilih dengan teliti.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini