Champon

Champon

Update: 22 Mac 2016

Saya akan memperkenalkan masakan mi "Champon" yang berkhasiat dan memiliki kesedapan campuran daripada pelbagai jenis bahan-bahan masakan.

Tempat kelahirannya Nagasaki

Champon berasal daripada Nagasaki. Pada zaman meiji di Nagasaki, terdapat satu-satunya pelabuhan perdagangan di mana budaya luar dan budaya Jepun bercampur menyebabkan perkembangan budaya tersendiri. Kesan percampuran budaya dapat dilihat juga di dalam masakan.

Mi Champon

Champon terdiri daripada mi yang tebal dan sup pekat daripada tulang khinzir. Di Nagasaki mi champon dibuat menggunakan bahan tambahan yang dipanggil "toaku (campuran natrium karbonat dan kalium karbonat)". Tetapi pembuatan mi champon memerlukan kebenaran dan di dalam Bandar Nagasaki, hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan menghasilkan mi champon. Sebab itulah mi champon Nagasaki mempunyai rasa yang tersendiri berbeza daripada negeri lain.

Kaya dengan bahan-bahan

Champon boleh dibuat dengan menumis dan meletakkan pelbagai bahan-bahan masakan seperti daging yang terutamanya terdiri daripada daging tulang rusuk khinzir, kerang, udang, sotong dan makanan laut, selain daripada itu sayur-sayuran seperti lobak merah, kubis, taugeh, kacang snow pea dan bawang besar, termasuk sekali kamoboko yang diproses dengan mengisar ikan berdaging putih.

Sara udon yang berasal daripada champon

Sara udon dibuat menggunakan bahan-bahan yang sama seperti champon tetapi mi sara udon digoreng menggunakan minyak dan bahan-bahan masakan lain digaul dengan tepung jagung supaya ia menjadi lebih pekat. Terdapat 2 jenis mi sara udon. Hosomen (Mi halus) yang digoreng dan juga Futomen (Mi tebal) yang ditumis.

Cara makan yang sedap

Champon sedap dimakan begitu sahaja, tetapi dengan menambahkan perasa rasanya akan berubah. Dengan menambahkan lada sulah, rasa champon anda akan diperkukuhkan dan lebih berperisa, minyak cili akan membuat champon anda lebih pekat dan berbau wangi, cuka akan menyegarkan dan membuat champon anda rasa lebih sihat.

Akhir kata

Kedai makan champon telah dibuka di seluruh Jepun dan boleh dinikmati dengan mudah. Sepinggan champon yang mengandungi pelbagai bahan-bahan masakan mengandungi khasiat yang mencukupi dan merupakan masakan yang amat memuaskan hati.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini