Stik dan teppanyaki

Stik dan teppanyaki

Update:

Stik adalah daging yang dibakar atas kuali, kuali besi leper atau jaring besi, manakala teppanyaki adalah hidangan daging, sayuran dan hasil laut yang dibakar atas kuali besi leper lalu dimakan, dan ia semakin berkembang sebagai "Teppanyaki" di luar negara.

Apakah itu stik?

Kebanyakan stik yang boleh selalu dimakan di Jepun adalah potongan daging lembu dengan lauk sampingan seperti kentang goreng, pasta, sayuran seperti brokoli, lobak dan sebagainya yang dihidang di atas kuali besi leper. Daging yang digunakan bukan sahaja daging lembu, daging ayam, babi, hamburger dan sebagainya banyak digunakan.

Kedai khusus stik

Terdapat restoran yang mengendalikan stik secara khusus, atau kedai di mana anda boleh makan kappo iaitu hidangan lazat Jepun yang sebenar atau kaiseki (set hidangan tradisional gaya Jepun). Di restoran sebegini anda boleh menikmati daging jepun mewah berjenama. Mungkin ia boleh menjadi sangat mahal, namun anda boleh menikmati daging lembu yang padat dengan kelembutan rasa sedap yang hanya ada di Jepun.

Restoran keluarga

Jika anda ingin menikmati stik pada harga yang berpatutan, disyorkan restoran keluarga iaitu restoran kesukaan ramai di mana anda boleh membawa keluarga bersama untuk menikmatinya. Tempat duduk di dalam kedai juga adalah banyak dan harga pula adalah lebih kurang 2,000 JPY dan kaya dengan pelbagai jenis menu.

Apakah itu teppanyaki

Ia adalah hidangan daging, sayur dan hasil laut yang dibakar secara rancak dan meriah di atas periuk besi leper besar di hadapan mata. Stik, hamburger, yakiniku iaitu hirisan nipis daging dan sayur yang dibakar lalu dimakan, kaisenyaki (hasil laut bakar), okonomiyaki dan monjayaki juga adalah teppanyaki.

Jenis daging lembu

Daging lembu adalah bahan wajib untuk teppanyaki. Walaupun disebut daging lembu secara ringkasnya, di Jepun terdapat 3 jenis daging lembu. Wagyu, lembu hasil keluaran negara, dan lembu import. Wagyu adalah jenis makanan daging yang berzaman dimakan, Kurogewagyu (Japanese Black) dan Kasshokuwagyu (Japanese Brown) adalah antara lembu yang terkenal. Lembu keluaran negara merujuk kepada daging lembu yang diproses dari lembu selain wagyu setelah dibiakkan melebihi 3 bulan, manakala daging import pula adalah daging lembu yang diproses dari lembu yang dibiak di luar negara.

Kurogewagyu

Dalam kategory wagyu, Kurogewagyu adalah yang menjadi kegemaran warga Jepun. Ia juga adalah yang paling banyak dibiak di setiap kawasan di Jepun. Kurogewagyu mempunyai kualiti daging dengan teksturnya yang halus dan lembut tetapi elastik pada masa yang sama. Ia mempunyai bintikan lapisan lemak yang dipanggil "sashi" yang cair di dalam mulut, dan rasa enak daging tersebar ke seluruh mulut.

Lembu berjenama

Sandaiwagyu Jepun merujuk kepada 3 jenis daging iaitu "Kobe beef", "Matsusaka beef", "Omi beef" atau dikenali juga sebagai "Yonezawa beef". Kobe beef adalah hasil produk Hyogo, Matsusaka beef pula dari Mie, Omi beef adalah keluaran Shiga, Yonezawa beef dihasilkan di Yamagata, dan cuma lembu yang telah mencapai tahap piawaian yang ketat sahaja layak mendapat pengiktirafan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini