Ramen (mi gaya China)

Ramen (mi gaya China)

Update:

Ramen Jepun, masakan berasaskan mi yang disukai di seluruh dunia pada masa kini. Memperkenalkan asas-asas ramen seperti jenis ramen dan bahan-bahannya.

Jenis ramen

Dashi (stok sup) dan mi adalah berbeza di Jepun.
・Shoyu ramen: diwakili "ramen Kitakata" yang merupakan mi kerinting besar. Malah dengan ramen kicap yang sama, ramen Tokyo sering menggunakan mi kerinting halus.
・Tonkotsu ramen (tulang khinzir): ramen yang menggunakan sup dashi yang diambil dari tulang khinzir. Secara umumnya mi halus yang lurus dihidangkan bersama sup putih pucat yang merupakan keistimewaannya.
Selain itu, terdapat ramen lain seperti shio ramen (sup masin) dan gyokai ramen (sup berasaskan makanan laut).

Bahan-bahan

Bahan yang diletakkan di atas mi juga berbeza mengikut personaliti kedai. Bahan tetap yang biasa digunakan iaitu "chashu" adalah daging khinzir yang dipanggang. Menma pula adalah bahan daripada rebung yang telah ditapai dan ia mempunyai tekstur makanan yang rangup. Selain itu, terdapat juga kedai yang meletakkan bawang, taugeh, telur, jagung, nori (rumpai laut) dan sebagainya.

Renge

Benda yang berbentuk seperti sudu dan disediakan bersama dengan ramen dipanggil "renge". Terdapat juga mereka yang meletakkan mi buat sementara waktu ke dalam renge sebelum makan bertujuan untuk mengelakkan sup dari memercik ke sana sini ataupun untuk menyejukkan mi.

Dibenarkan mengeluarkan bunyi

Di sesetengah negara lain, mengeluarkan bunyi semasa makan merupakan sesuatu yang melanggar etika dan adab ketika makan, namun di Jepun mengeluarkan bunyi semasa makan ramen tidaklah menjadi satu kesalahan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini