Okonomiyaki, Monjyayaki dan Takoyaki

Okonomiyaki, Monjyayaki dan Takoyaki

Update:

Ia digelar "konamono" dan merupakan makanan yang selalu dimakan oleh setiap keluarga di Jepun. Bahan-bahan, perasa serta cara memasaknya adalah berbeza mengikut kawasan seperti di Kantou dan Kansai.

Untuk "okonomiyaki ala Kansai", bahan-bahan digaul dan dimasak.

"Okonomiyaki ala Kansai" yang selalu dimakan di Kansai seperti Osaka adalah campuran bancuhan air dan tepung, telur ayam, kubis, makanan laut seperti udang dan sotong. Campuran diratakan di atas 'teppan' (kuali besi leper) sehingga menjadi bulat, kemudian diletakkan daging khinzir dan dimasak. Ada juga yang meletakkan parutan ubi cina.

Untuk "okonomiyaki ala Hiroshima", bahan-bahan disusun berlapis dan dibakar.

Ciri-ciri "okonomiyaki ala Hiroshima" adalah bahan-bahannya tidak dicampur bersama. Bancuhan tepung dan air, diratakan secara membulat di atas kuali leper. Di atasnya diletakkan kubis, taugeh, makanan laut dan daging khinzir secara berlapis mengikut urutan. Selepas itu, ia diterbalikkan menggunakan sudip dan dimasak lagi.

Perkara utama bagi "monjyayaki" adalah tambak.

Bancuhkan tepung dengan air yang banyak, tambah rasa dengan sos dan campurkan kubis serta makanan laut, kemudian masak di atas kuali leper. Oleh kerana ia lebih berair jika dibandingkan dengan okonomiyaki, buat tambak dengan bahan-bahan dan alirkan bancuhan ke dalam tambak. Apabila air semakin kering, gaulkan bahan bersama-sama sambil meruntuhkan tambak. Kemudian ratakan sehingga lebar dan gantikan sudu dengan sudip kecil untuk mengambilnya.

"Takoyaki" adalah berbentuk seperti bola ping-pong.

Masukkan sotong yang dipotong ke dalam tepung yang dibancuh bersama air atau renehan stok, kemudian bulatkan ia sehingga sebesar 3-5 cm dan dimasak. Takoyaki dikatakan berasal dari Osaka. Letakkan sos, taburkan aonori (rumpai laut) dan serbuk ikan Bonito. Anda juga boleh meletakkan mayonis mengikut citarasa anda.
Sos tidak akan diletakkan jika bancuhan telah diperasakan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini