Nabe (Stimbot)

Nabe (Stimbot)

Update:

Warga Jepun lebih suka memenuhi selera dengan hidangan stimbot pada musim sejuk. Pastikan anda menikmatinya semasa melawat Jepun pada musim sejuk.

Kepelbagaian hidangan stimboat

Untuk menerangkan hidangan stimbot secara ringkasnya ialah terdapat pelbagai jenis stimbot. Sedikit demi sedikit perbezaan boleh dilihat dari segi penggunaan perkakas memasak, bahan stimbot dan kaedah memasak.

Yosenabe

Sebut sahaja stimbot mestilah yosenabe. Resipi utamanya adalah sayuran dan hasil laut. Masukkan perencah dan bahan-bahan ke dalam periuk lalu rendidihkannya, santapan bermula dari bahan yang telah masak. Oleh kerana ramuan dan jenis perencah yang digemari adalah berbeza mengikut kawasan dan keluarga, akan terdapat pelbagai jenis rasa yang anda boleh nikmati.

Stimbot tempatan

Terdapat pelbagai jenis masakan stimbot yang unik bagi setiap kawasan, sehinggakan tak terkira bilangannya. Contohnya, di Hiroshima terdapat "dotenabe". Namanya diambil dari perbuatan melumur miso di bahagian dalam periuk tersebut menyerupai tetambak. Selain itu, masakan tempatan Hokkaido yang menggunakan ikan salmon dengan panggilan "Ishikarinabe", disediakan dengan memasukkan ikan salmon dan sayuran ke dalam periuk lalu mendidihkannya.

Apakah maksud "nabebugyo"?

Ia merujuk kepada individu yang menjadi tumpuan dalam masakan stimbot dan mempunyai tanggungjawab seperti menentukan aturan masuk bahan, mengawal kekuatan api dan sebagainya. Semasa menikmati stimbot di Jepun, barangkali anda juga boleh menjadi seorang nabebugyo.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini