'Syabu-syabu'

'Syabu-syabu'

Update:

‘Syabu-syabu’ ialah sejenis makanan stimbot yang dimakan dengan kepingan daging nipis yang dicelup seketika ke dalam periuk yang berisi stok. Di Jepun hidangan ini sangat popular dan sering dimakan di rumah-rumah.

Sejarah

Masakan ‘syabu-syabu’ mula diberi nama setelah jualannya di kedai stik di Osaka pada tahun 1952. Di China juga terdapat masakan stimbot yang dipanggil “Shuwanyanrou” iaitu dimakan dengan daging lembu yang dicelup seketika ke dalam stok. Oleh sebab itu, terdapat kemungkinan bahawa masakan tersebut telah berkembang dengan cara tersendiri di Jepun.

Ciri-ciri periuk syabu-syabu

Tidak mempunyai bentuk yang khusus asalkan boleh diisi dengan stok sup sehingga penuh bekas tersebut. Terdapat juga ‘Periuk khas Syabu-syabu’ yang berlubang di tengah-tengahnya. Bentuk tersebut berasal dari China, yang mana di China pada zaman ketiadaan dapur gas, ia digunakan dengan memasukkan arang di tengah loncongan.

Bahan ‘syabu-syabu’

Periuk yang diisi pati stok, hirisan daging nipis, sayur-sayuran, dan juga sos pencicah akan dihidangkan di dalam bekas yang berasingan. Kebiasaannya, yang sering dimasukkan ialah jenis sayuran yang senang di masak, cendawan, dan tauhu. Bahan yang paling penting adalah hirisan daging nipis. Daging lembu Jepun (Wagyu) mempunyai lemak yang rendah takat lebur, menjadikan ia paling sesuai dengan Syabu-syabu yang tidak perlu dimasak dengan lama.

Cara-cara memasak

Masukkan stok yang berperisa ‘Kombu’ (bahan asas dalam masakan Jepun yang diperbuat daripada rumpai laut)atau sebagainya ke dalam periuk dan panaskan. Selepas itu, masukkan semua jenis sayuran dan tauhu ke dalam periuk tersebut. Tip penting adalah jangan merebus bahan dengan terlalu lama, dan jangan masukkan bahan dengan terlalu banyak. Apabila stok sup telah mendidih, ambil sekeping daging menggunakan penyepit kayu dan celupkan 2 hingga 3 kali ke dalam renehan stok itu. Apabila warna daging telah berubah bolehlah dimakan.

Dua jenis sos pencicah yang utama

Dua jenis sos yang sering digunakan adalah "Sos Bijan" iaitu sos pekat yang menggunakan pes bijan sebagai bahan asas, dan "Ponzu" iaitu sos yang diperbuat daripada campuran limau dan shoyu (kicap Jepun).

Syabu-syabu yang boleh dipelbagaikan

Terdapat juga syabu-syabu yang menggunakan ‘Buri’ (nama ikan di Jepun), ketam dan makanan laut lain. Ia membolehkan kita menikmati syabu-syabu yang sangat berbeza dari syabu-syabu daging, di mana ia menggunakan pati dari makanan laut sebagai sup.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini