Hormon

Hormon

Update:

Hormon adalah organ dalaman lembu atau khinzir. Di Jepun ia dimakan dengan membakar atau merebus. Ia turut ditulis sebagai "Hormon" "Motsu" "Masakan hormon".

Sejarah hormon

Masakan yang menggunakan organ dalaman di Jepun dicatatkan telah bermula sejak dari abad ke-7, tetapi sebelum itu juga daging khinzir hutan dan burung telah mula dibakar dan dimakan di kawasan-kawasan pergunungan. Perkataan ini dikatakan berasal daripada perkataan "hormon" daripada Bahasa Jerman dan "hormone" daripada Bahasa Inggeris. Pada tahun 1920-an, makanan bertenaga dan berkhasiat telah mula dipanggil sebagai "masakan hormon".

Menikmati hormon

Hormon yang dimasak secara ringkas adalah lebih sedap. Hormon yang telah diperap di dalam sos tare kedai pula perlu dibakar terlebih dahulu lalu dimakan. Hormon yang belum diperasakan perlu dibakar terlebih dahulu, lalu ditambah dengan garam, lemon atau sos tare.

Nikmati tekstur makanan yang unik

Setiap bahagian hormon mempunyai pelbagai rasa dan tekstur. Usus besar sangat gebu dan berair, perut mempunyai keanjalan dan rangup, manakala hati pula lembut dan berlemak.

Sangat bagus kerana rendah kalori

Sama seperti daging merah, hormon mengandungi protein, zat besi, vitamin B1 dan vitamin B2. Tetapi ciri utamanya adalah rendah kalori. Ia mempunyai tekstur yang rangup dan popular di kalangan wanita yang menitikberatkan pengambilan kalori.

Kos yang rendah

Anda dapat menikmati makan dan minum di kedai dengan lingkungan harga 2000 JPY hingga 3000 JPY seorang. Hormon turut dimakan bagi mengelak kekurangan zat ketika harga daging masih mahal di suatu ketika dahulu. Tahap kesegaran dan cara pengendalian yang bagus adalah sangat penting.

Masakan hormon di Izakaya

Hormon dapat dinikmati dengan kaedah sama ada rebus atau bakar. Hormon juga popular sebagai makanan sampingan sake di Izakaya (kedai arak). Terdapat sajian seperti hormon bakar dan hati yang dimasak bersama daun kucai, serta motsunikomi (organ dalaman yang direneh), dan lain-lain lagi.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini