Kushiage atau kushikatsu

Kushiage atau kushikatsu

Update:

Gourmet yang perlu dicuba jika berkunjung ke Osaka ialah kushikatsu. Di sekitar Tsutenkaku, tempat pelancongan terkenal di Osaka, terdapat deretan pelbagai kedai khusus kushikatsu yang bersebelahan dengan satu sama lain.

Apakah itu kushiage atau kushikatsu?

Ia adalah makanan goreng dengan menggunakan daging yang dipotong kepada saiz sesuap mulut, hasil laut dan sayur lalu dicucuk ke lidi buluh, lalu dicelup ke dalam "koromo" iaitu adunan yang terdiri daripada tepung gandum, telur dan air, dan kemudian disalut dengan serbuk roti lalu digoreng. Ia boleh dimakan dengan menggigit terus makanan pada batang lidi tersebut, di mana turut memudahkan pelancong asing yang tidak biasa menggunakan penyepit untuk menikmatinya.

Dorongan kelahirannya

Ia dikatakan berpunca daripada cadangan oleh pekerja buruh yang bekerja di kawasan sekitar pada asalnya, iaitu mereka inginkan sesuatu yang murah serta mengenyangkan dan sesuai dijadikan sebagai makanan sampingan untuk dinikmati bersama arak.

Bahan-bahan

Bahan-bahan mentah utama yang digunakan adalah ringkas, iaitu daging seperti daging lembu, ayam dan sebagainya, sayuran seperti bawang, cendawan shiitake, lada shishito dan sebagainya, dan hasil laut seperti udang, sotong dan sebagainya. Terdapat juga tempat yang menggunakan kombinasi bahan-bahan yang tidak biasa dimakan seperti asparagus dibalut dengan bacon atau chikuwa berisi keju, hormon (organ dalaman) seperti hempedal dan tulang rawan ayam, renkon (akar lotus), konnyaku (sejenis tanaman ubi), mochi dan sebagainya.

Jenis-jenis kedai

Terdapat pelbagai jenis kedai seperti kedai dengan tempat duduk kaunter sahaja, kedai dengan sistem makan tanpa had, dan juga kedai layan diri di mana anda boleh menggoreng sendiri bahan-bahan dengan alat penggoreng yang ada di meja.

Cara makan dan membuat pesanan

Kebanyakan kedai menerima pesanan bermula dari hanya sebatang. Buatlah pesanan pemakanan yang seimbang dengan daging dan sayuran. Pelanggan yang berasa leceh untuk memesan satu persatu atau tidak pasti untuk memesan yang mana satu adalah elok untuk memesan menu set. Kebanyakan kedai tidak meletakkan ia di atas pinggan sebaliknya menggunakan jaringan besi yang bertujuan untuk membuang minyak berlebihan.

Berhati-hati dengan cara menggunakan "sos Worcester"!

Sos Worcester digunakan untuk menambah perasa pada kushikatsu atau kushiage. Pelanggan perlu mencelup terus ke dalam bekas sos yang tersedia di atas meja mengikut kesukaan masing-masing, tetapi oleh kerana sos ini adalah kegunaan bersama, anda dilarang untuk mencelup kembali makanan yang telah dimakan walaupun sos padanya tidak mencukupi.

Kubis yang disertakan bersama

Kebiasaannya potongan kubis akan disertakan bersama dan berperanan untuk mengelakkan kesukaran penghadaman.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini