Makanan Jepun

Makanan Jepun

Update:

Budaya Jepun dan musimnya yang dijumpai dalam “masakan Jepun” adalah kaya dengan menu-menu yang kreatif.

Budaya makanan Jepun dan sejarahnya

Sejak abad ke-3 dan seterusnya, telah bermula penanaman padi di Jepun dan makanan dikatakan telah direbus dan juga digoreng. Melalui agama Buddha, telah berkembangnya masakan bergoreng dan juga teh keseluruh benua, dan semenjak dari 1,000 tahun dahulu, ayam goreng, dan makanan tapai seperti “natto”(makanan Jepun yang diperbuat daripada biji soya yang diperam) juga telah mula dimakan. Pada zaman Edo, telah berkembang masakan tempatan iaitu “masakan Edo” yang mempunyai “engi” (ajaran daripada agama Buddha yang menyatakan adanya sebab musabab yang terjadi dalam kehidupan) yang baik. Ada juga budaya yang kurang memakan daging, dan telah berubah disebabkan pengaruh barat. Dan dikatakan lahirlah masakan asli Jepun secara beransur-ansur.

Menu “Ichi jyu san sai”

Sebagai bentuk asas kepada masakan jepun, iaitu menu umumnya terdiri daripada “ichi jyu san sai”. Ia adalah hasil gabungan 3 perkara iaitu makanan berkuah dengan satu hidangan utama, dan 2 hidangan sampingan. Masakan utama adalah makanan yang diperbuat daripada jenis ikan, daging atau telur. Manakala untuk hidangan sampingan kebiasaanya adalah dari “tauhu” iaitu masakan yang diperbuat daripada kacang soya, ataupun masakan berasaskan sayur-sayuran. Anda boleh merasai makanan daripada pelbagai jenis masakan untuk sekali makan.

Bahan-bahan yang menambahkan rasa dalam setiap musim

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Jepun dengan makanan bermusim yang sangat lazat. Pada musim bunga terdapat rebung buluh dan ikan tenggiri. Musim panas pula timun dan ikan “ayu”. Musim luruh ialah pisang kaki dan ikan “samma” (sauri). Manakala musim sejuk bahan yang sedap adalah seperti kubis Jepun dan juga ikan “puri”. Kelazatan bahan-bahan asas ini dikeluarkan mengikut setiap musim dan dijadikan masakan Jepun yang digemari.

Kepelbagaian masakan Jepun yang disesuaikan dengan musim dan perayaan

Di dalam masakan Jepun, masakan mengikut musim dan perayaan dilihat sangat penting. Pada 1hb Januari, masakan seperti “Osechi ryori” (makanan yang menandakan berganti musim dan juga digunakan untuk makanan istimewa untuk merayakan tahun baru) dan “Zoni” (masakan Jepun seperti sup berisi mochi dan sebagainya) dimakan, dan timbulnya banyak masakan istimewa Jepun yang disesuaikan dengan perayaan dan musim. Selain itu, pada 21hb Disember pula terdapat “Touji” yang mana labu dimakan bagi mengelakkan demam selsema dan sebagainya. Di samping itu, apabila terdapat perayaan, dihidangkan juga “akahan” iaitu beras pulut yang ditanak bersama dengan kacang merah sehingga kelihatan merah.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini