Jumlah kandungan makanan

Jumlah kandungan makanan

Update: 7 Disember 2016

Marilah mengetahui jumlah kandungan yang biasa bagi makanan Jepun supaya anda boleh memesan makanan dengan mudah.

Jumlah makanan di Jepun

Jumlah makanan di Jepun

Kuantiti hidangan makanan luar di negara Jepun mungkin kurang berbanding negara-negara di Eropah dan Amerika. Terutamanya sushi dan juga "sashimi" (hirisan makanan laut mentah) yang sering dimakan mentah untuk merasai rasa bahan terebut, dan walaupun berkhasiat, ia tidak dimasak dengan menggunakan minyak, lalu menyederhanakan rasa kenyang anda.

Makanan ruji, nasi dimakan dengan kuantiti yang banyak

Makanan ruji, nasi dimakan dengan kuantiti yang banyak

Beras adalah makanan ruji di Jepun. Kebiasaannya lauk utama dan sampingan akan dimakan berselang-seli dengan sup. Di restoran juga, jika nasi tidak mencukupi, ada juga terdapat tempat yang menyediakan nasi tambah dengan percuma, maka marilah memanfaatkannya.

Makanan Jepun yang menjamu mata

Makanan Jepun yang menjamu mata

Walaupun satu-satu makanan tersebut mempunyai jumlah yang kecil, tetapi ia merangkumi pelbagai jenis hidangan dan merupakan ciri-ciri makanan Jepun. Jika anda merasainya dengan perlahan-lahan, maka anda dapat merasai kekenyangan yang datang secara semulajadi. Selain itu juga, pinggan mangkuk yang digunakan dalam pelbagai bentuk dan warna juga, merupakan keunikan hidangan Jepun. Melalui hidangan yang dihiasi dengan teliti dan cantik ini, ia mungkin membuatkan anda berasa sangat berpuas hati.

"Onigiri" (nasi kepal) sebagai makanan ringan

"Onigiri" (nasi kepal) sebagai makanan ringan

Ketika perut anda lapar dalam apa jua sekalipun, belilah "onigiri" (nasi kepal). Ianya mudah dibeli di kedai-kedai serbaneka atau di pasar raya dan sebagainya. Nasi adalah lebih mengenyangkan berbanding roti atau mi, maka disyorkan sebagai makanan ringan. Ia merupakan satu keseronokan kerana terdapat pelbagai jenis lauk untuk onigiri.

Jumlah kuantiti ramen (mi Jepun) yang banyak

Jumlah kuantiti ramen (mi Jepun) yang banyak

Di kedai ramen, anda boleh mendapatkan hidangan mi saiz besar, atau menambah lauk sampingan. Selain itu, ada juga kaedah yang dinamakan "kaedama" iaitu menambah mi sahaja kepada sup yang telah sedia ada. Eloklah anda periksa terlebih dahulu kerana terdapat juga kedai di mana anda boleh menambah mi beberapa kali secara percuma.

Kedai "Deka-mori"

Kedai "Deka-mori"

Terdapat juga kedai yang menjual makanan "Deka-mori" iaitu makanan dalam kuantiti banyak yang luar dari saiz biasa dihidangkan di dalam pinggan besar. Kari dan parfait (sejenis pencuci mulut sejuk) yang kuantitinya berkilo-kilo memberikan kesan yang sangat besar. Terdapat juga pelan yang boleh memenangi wang jika dapat menghabiskan makanan dalam waktu yang ditetapkan, dan anda mungkin boleh cuba mencabarnya sebagai satu keseronokan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini