Cara memegang penyepit.

Cara memegang penyepit.

Update: 7 Disember 2016

Walaupun kita berasa susah sekiranya kita tidak biasa menggunakan penyepit pada kali pertama, adalah baik anda mempelajarinya terlebih dahulu agar anda dapat menikmati hidangan Jepun. Rencana ini memperkenalkan cara memegang penyepit dengan betul dan bagaimana untuk menggunakannya.

Mengenai penyapit

Mengenai penyapit

Di Jepun, penyepit selalu digunakan semasa makan. Hampir sequa hidangan, terutamanya hidangan Jepun dimakan dengan menggunakan sepasang penyepit sahaja. Bukan hanya nasi atau lauk, tetapi mi seperti udon dan soba juga dimakan dengan menggunakan penyepit secara mahir.

Mari kita memegang penyepit

Mari kita memegang penyepit

Ambil hanya sebatang penyepit di tangan sebelah kanan, lalu memegang hujungnya dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu seperti pensel. Inilah cara memegang penyepit sebelah atas yang betul. Kekalkan posisi ini dan gerakkanlah penyepit tersebut. Dapatkah menggerakkannya ke atas dan bawa? Letakkan penyepit sebelah bawah di atas ibu jari dan jari telunjuk, lalu tetapkan hujungnya di tepi kuku jari manis. Inilah asas cara memegang penyepit.

Mari kita menggerakkan penyepit

Mari kita menggerakkan penyepit

Jika anda dapat memegang sepasang penyepit, seterusnya, mari kita menggerakkannya. Memegang penyepit sebelah atas dengan menyokongnya di sendi pertama jari hantu. Sekiranya cara memegang anda betul, punca dua batang penyepit akan menyentuh satu sama lain, dan bahagian lain pula berasingan. Kekalkan posisi ini, lalu gerakkan penyepit sebelah atas ke atas dan bawa dengan menyepitnya dengan dua jari iaitu jari hantu dan jari telunjuk. Pada waktu itu, jaagan gerakkan penyepit sebelah bawah. Jika anda dapat melakukannya dengan betul, punca penyepit akan buka dan tutup. Adakah anda berjaya menggerakkannya?

Tips untuk menggerakkan penyepit

Tips untuk menggerakkan penyepit

Tips untuk menggerakkan penyepit adalah, hanya menggerakkan penyepit sebelah atas, dan jangan menggerakkan penyepit sebelah bawa. Jika anda jadi mahir dan dapat menggunakannya dengan betul, anda akan dapat menyepit makanan yang kecil seperti sebiji kacang, dan anda pasti akan menikmati pelbagai makanan.

Mari kita menggunakan penyepit

Mari kita menggunakan penyepit

Walaupun anda mungkin berasa susah pada mulanya, penyepit merupakan alat yang sangat berguna jika kita biasa menggunakannya. Mempelajari bagaimana menggunakan penyepit mempunyai persamaan dengan mempelajari menunggang basikal. Walaupun anda tidak dapat menggunakannya dengan baik pada mulanya, anda akan jadi mahir menggunakannya tanpa menyedari jika anda berlatih.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini